Now Reading
‘Abang Adik’ Cipta Sejarah, Jadi Filem Berbahasa Cina Pertama Diiktiraf ASEAN Records

‘Abang Adik’ Cipta Sejarah, Jadi Filem Berbahasa Cina Pertama Diiktiraf ASEAN Records

Filem ‘Abang Adik’ arahan Jin Ong telah merangkul 28 anugerah antarabangsa dan 69 pencalonan dalam pelbagai festival filem seluruh dunia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Industri filem Malaysia kini dikatakan telah mencapai tahap baharu apabila terdapat pelbagai karya tempatan yang berjaya menempa tempat di peringkat antarabangsa.

Antaranya adalah ‘Imaginur’ yang merangkul Anugerah Khas Juri di Locarno Film Festival 2022, ‘Tiger Stripes’ yang menjadi filem pertama Malaysia memenangi hadiah utama di Cannes Critics’ Week ke-62, serta animasi ‘Mechamato’ yang memenangi Anime Fan Award di Festival Anime Tokyo 2023.

Baca Artikel Berkaitan: Filem ‘Imaginur’ Wakili Malaysia Ke Festival Filem Asia New York (NYAFF) 2022

Baca Artikel Berkaitan: “Tiger Stripes” Filem Malaysia Pertama Menang Hadiah Utama Di Cannes Critics’ Week

Baca Artikel Berkaitan: Mechamato Cipta Sejarah Jadi Animasi Pertama Luar Jepun Menang Anugerah Anime Fan Award Di TAAF

Abang Adik Filem Berbahasa Cina Pertama Diiktiraf ASEAN Records

Terbaharu, filem ‘Abang Adik’ telah mencipta sejarah apabila menjadi filem berbahasa Cina pertama yang menerima pengiktirafan daripada ASEAN Records.

Pengiktirafan itu diberi kerana karya tersebut berjaya merangkul anugerah antarabangsa, pencalonan festival dan tayangan global terbanyak.

Untuk info, ASEAN Records merupakan sebuah institusi penyimpanan rekod dengan fokus terhadap mengiktiraf kejayaan dan pencapaian di seluruh rantau ASEAN.

Abang Adik Raih 28 Anugerah Antarabangsa

Filem yang ditulis dan diarahkan oleh Jin Ong itu telah menerima perhatian ramai di festival filem antarabangsa sejak ia mula ditayangkan pada 2023.

Menurut Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), ‘Abang Adik’ telah menerima sebanyak 28 anugerah antarabangsa dan 69 pencalonan dalam pelbagai festival filem seluruh dunia.

Berdasarkan laporan oleh Bernama, FINAS berkata populariti filem tempatan itu terbukti apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM5.7 juta di Malaysia, HKD2.8 juta (RM1.6 juta) di Hong Kong, TWD100 juta (RM13.6 juta) di Taiwan, dan RMB3 juta (RM1.8 juta) di China.

Wu Kang-ren yang melakonkan watak ‘Abang’ memenangi anugerah Pelakon Terbaik di 60th Golden Horse Awards. (Kredit gambar: Jin Ong).

Kemenangan Di Taipei Golden Horse FPP Beri Laluan Pada Penerbitannya

Filem terbabit memulakan perjalanan antarabangsanya pada tahun 2020 di Taipei Golden Horse Film Project Promotion (FPP), di mana ia memenangi FPP Visionary Award dan MirrorFiction Story Award yang membuka laluan kepada penerbitannya.

“Abang Adik memulakan perjalanan ke festival filem antarabangsa, mencipta impak di 37th Fribourg International Film Festival, meraih Ecumenical Jury Award dan Audience Award. Kejayaannya seterusnya di 25th Far East Film Festival, dengan tiga kemenangan utama iaitu First Time Director, Golden Mulberry Award, dan Black Dragon Award.

“Filem ini turut memenangi Uncaged Award for Best Feature Film Competition di 22nd New York Asian Film Festival dan menerima penghormatan di 17th FIRST International Film Festival Xining, apabila pelakon utama Wu Kang-ren memenangi anugerah Best Performance, selain Abang Adik turut diiktiraf sebagai sebuah filem berbahasa Cina yang paling dinantikan di China Golden Rooster & Hundred Flowers Film Festival,” kata FINAS dipetik Bernama.

Tonton Abang Adik Di Netflix

Mula ditayangkan di Malaysia pada 14 Disember 2023, filem Abang Adik mengisahkan tentang seorang anak yatim tanpa dokumen di dalam negara yang terpaksa hidup dalam kemiskinan.

Dalam masa sama, abangnya yang merupakan seorang kurang upaya pekak berasa tidak berpuas hati dengan keadaan mereka.

Hubungan mereka yang rapuh telah terjejas apabila berlakunya satu insiden yang kejam.

Abang Adik kini boleh ditonton menerusi platform penstriman dalam talian Netflix.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd