G-Dragon Kini Dibawah Syarikat Label Milik Individu Warga Palestin, Legenda K-Pop Ini Dipuji Ramai
Dakwa peminat di laman X, G-Dragon mempunyai banyak pilihan lain untuk ditandatangani sebelum membuat keputusan untuk menyertai EMPIRE.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kekejaman yang berlaku kepada penduduk Palestin telah membuka banyak mata dalam kalangan masyarakat seluruh dunia.
Mereka yang memberi sokongan terhadap rakyat Gaza membuktikan bahawa masih wujud rasa simpati dan berperikemanusiaan dalam jiwa seseorang.
Kalau anda perasan, ramai juga selebriti antarabangsa yang turut menyatakan sokongan jelas mereka terhadap Palestin dan menentang tindakan ganas dilakukan oleh Israel.
G-Dragon Tandatangan Di Bawah Syarikat Label Milik Individu Dari Palestin
Baru-baru ini, penyanyi terkenal Korea Selatan iaitu G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji-yong telah menggegarkan industri muzik selepas menandatangani perkongsian dengan sebuah label rekod bebas bernama EMPIRE di San Francisco.
Apa yang menarik perhatian ramai terutamanya para peminat ahli kumpulan BIGBANG itu adalah apabila syarikat label berkenaan adalah milik individu warga Palestin.
Dakwa peminat di laman X, G-Dragon mempunyai banyak pilihan lain untuk ditandatangani sebelum membuat keputusan untuk menyertai EMPIRE.
G-DRAGON reportedly had multiple MAJOR labels that wanted to sign him yet he chose EMPIRE which is owned by a Palestinian Ghazi Shami who is known for his charitable Palestinian organisations and always been vocal for his people. pic.twitter.com/h2C8FsXh9t
— Z-DRAGON (@IBZDRAGON) October 31, 2024
Namun setakat ini, penyanyi tersebut belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu.
Sebagai info, G-Dragon merupakan idola K-Pop pertama yang menandatangani kontrak di bawah label rekod pro-Palestin di kala konflik peperangan yang sedang berlaku.
Selepas bersama label rakaman Korea YG Entertainment selama dua dekad, permeteraian G-Dragon dengan EMPIRE menjadi tanda untuk bintang terkenal Seoul ini memulakan kerjaya baharunya secara solo.
Selepas tujuh tahun menyepi, artis ini kemudiannya tampil mengeluarkan single terbaharu berjudul ‘Power’ di bawah label EMPIRE.
Kepada anda yang mahu menonton muzik video single terbaharu oleh G-Dragon di bawah EMPIRE, boleh lihat di bawah.
Latar Belakang Tentang Pengasas Label EMPIRE
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif label EMPIRE iaitu Ghazi Shami yang merupakan warga Palestin-Amerika yang dahulunya merupakan seorang jurutera audio dan Pengarah Urban di firma pengedaran milik UMG InGrooves.
Untuk pengetahuan anda, syarikat label ini mula ditubuhkan pada tahun 2010.
Shami turut mempamerkan sokongan serta pendirian labelnya dengan mengekalkan bendera Palestin sebagai gambar profil pada akaun X rasminya.
Dalam pada itu, dia turut aktif memuat naik ciapan tentang krisis kemanusiaan yang terjadi di Palestin.
my heart bleeds • red black white green 🇵🇸 ❤️🩹 pic.twitter.com/1mHTdlvWSK
— GHAZI (@ghazi) December 3, 2023
"A tree starts with a seed" 🍉#FreePalestine🇵🇸 @motaz_azaiza pic.twitter.com/YxlKYjL56l
— GHAZI (@ghazi) May 9, 2024
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.