Adele Lim Dari Malaysia Pengarah Princess Diaries 3
Ini merupakan pengarahan kali kedua Adele Lim selepas mengarah filem komedi ‘Joy Ride’ (2023).
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Francais ‘Princess Diaries’ merupakan ‘comfort movie’ bagi kebanyakan kanak-kanak perempuan generasi milineal, yang kini sudah pun menjadi wanita dewasa.
Jika anda tidak mengingati kisah Princess Diaries ini, ia menceritakan tentang watak Mia yang baru mengetahui dia merupakan pewaris kepada takhta di Genovia.
‘Princess Diaries 2: Royal Engagement’ merupakan sekuel bagi siri pertama apabila watak utamanya menaiki takhta.
Kedua-dua filem tersebut adalah berdasarkan novel oleh penulis Amerika, Meg Cabot.
Terkini, pelakon utama siri tersebut, Anne Hathaway, mengesahkan menerusi hantaran di Instagram bahawa francais itu akan disambung dengan siri yang ketiga!
Princess Diaries 3 Diarahkan Oleh Adele Lim Dari Malaysia
Peminat filem di Malaysia pasti lebih meraikan berita gembira ini apabila mengetahui filem terbabit turut diarahkan oleh Adele Lim dari Malaysia.
Ini adalah kali kedua Lim sebagai pengarah selepas pertama kali mengarahkan filem komedi ‘Joy Ride’ (2023).
Di samping itu, Princess Diaries 3 akan diterbitkan oleh Debra Martin Chase di bawah syarikat penerbitan Somewhere Pictures milik Hatheway. Penerbit Eksekutif ialah Naia Cucukov dan Melissa Stack, manakala skrip pula ditulis oleh Flora Greeson.
Princess Diaries yang merupakan francais di bawah Disney telah pertama kali ditayangkan pada tahun 2001, dengan sekuel ‘The Princess Diaries: Royal Engagement’ pada 2004.
Kedua-duanya dibintangi oleh Hathaway selaku Mia Thermopolis, dan Julie Andrews sebagai neneknya dan juga ratu. Diarahkan oleh mendiang Garry Marshall, kedua-dua filem itu mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta.
“Sebagai seorang peminat tegar Princess Diaries original, saya amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada mereka yang akan menghidupkan siri ketiga ini. Kami tidak sabar untuk meraikan kuasa wanita, kegembiraan dan bimbingan dengan penonton di seluruh dunia,” kata Lim dipetik Deadline.
Hathaway memberi isyarat bahawa filem tersebut telah dibangunkan sejak 2022 dan tahun lepas, lapor CNA.
Lim Penulis Bersama Lakon Layar ‘Crazy Rich Asians’
Juga merupakan seorang penulis lakon layar, Lim sebelum ini merupakan penulis lakon layar bagi filem animasi ‘Raya and the Last Dragon’ (2021).
Dia mungkin lebih terkenal sebagai penulis bersama bagi filem ‘Crazy Rich Asians’ (2018), yang dibawa masuk oleh pengarah Jon M. Chu agar skrip tersebut lebih asli dari segi budaya.
Filem blockbuster romantik-komedi tersebut telah mengaut keuntungan sebanyak USD174 juta di Amerika Syarikat, dicalonkan sebagai Best Picture di Golden Globes dan Producers Guild Awards serta memenangi Critics Choice Award 2019.
Lim bagaimanapun tidak menyertai sekuel filem tersebut apabila ditawarkan bayaran lebih rendah berbanding penulis bersama lelaki Peter Chiarelli.
Dia juga merupakan penerbit-penulis beberapa rancangan televisyen termasuk ‘One Tree Hill’ dan ‘Lethal Weapon’, serta menjadi pelakon bersama dalam siri CW ‘Star-Crossed’.
Lim Buka Syarikat Penerbitan 100 Tigers Bersama Cucukov
Pada tahun lepas, Lim bersama Cucukov telah membentuk syarikat penerbitan 100 Tigers.
Misi syarikat tersebut adalah bagi “memupuk dan memperkasakan artis dan projek yang berkongsi minat kami dalam membawa kisah-kisah yang mengedepankan wanita dan merentas budaya dengan daya tarikan global dan ‘glossy edge”.
Kini 100 Tigers mempunyai beberapa projek yang dalam pembangunan di pelbagai studio termasuk Amazon/MGM, HBO Max dan ABC.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.