Now Reading
Pertama Kali Di Malaysia, N.Flying Bakal Gegarkan Zepp KL 1 Disember Ini Untuk Jelajah ‘HIDE-OUT’!

Pertama Kali Di Malaysia, N.Flying Bakal Gegarkan Zepp KL 1 Disember Ini Untuk Jelajah ‘HIDE-OUT’!

Jelajah Asia 2024 N.Flying Live ‘HIDE-OUT’ turut merangkumi Kuala Lumpur, Bangkok, Macau dan juga Taipei.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kejutan khas buat fandom N.Fia Malaysia, kumpulan indie kesayangan anda N.Flying julung kali bakal mengadakan konsert pertama mereka di sini, bertempat di Zepp Kuala Lumpur!

Kedatangan N.Flying ini dibawa khas oleh More Entertainment bagi menjayakan jelajah 2024 N.Flying Live ‘HIDE-OUT’ pada 1 Disember (Ahad) jam 6 petang.

Foto: Kumpulan N.Flying

Kalau anda nak tahu Kuala Lumpur telah menjadi pilihan destinasi konsert jelajah HIDE-OUT bersama lima lokasi yang lain seperti:

  • Bangkok, Thailand
  • Macau, China
  • Taipei, Taiwan

Buat N.Fia yang ingin mendengar lagu kegemaran anda seperti Star, Blue Moon, Leave It, Rooftop, Oh Really dan banyak lagi secara live, jangan lupa ‘save the date’ untuk ke konsert ini ya!


4 Ahli N.Flying Bakal Berjumpa Dengan N.Fia Malaysia

Buat mereka yang kurang mengenali band ini, N.Flying terdiri daripada lima orang ahli iaitu:

  • Lee Seung Hyub: Ketua, vokalis dan penyanyi rap
  • Yoo Hwe Seung: Vokalis
  • Cha Hun: Pemain gitar
  • Seo Dong Sung: Pemain bass
  • Kim Jae Hyun: Pemain dram
Foto: Yoo Hwe Seung & Lee Seung Hyub

Pun begitu, Jae Hyun tidak dapat menyertai ahli kumpulannya untuk jelajah kali ini kerana kini masih dalam perkhidmatan tentera di Korea Selatan.

Selain mempersembahkan pelbagai genre lagu, Seung Hyub juga pernah membintangi beberapa drama Korea (K-Drama) popular seperti ‘Nevertheless, ‘Shooting Stars’ dan paling diminati ramai adalah dari ‘Lovely Runner’ yang memainkan watak Baek Inhyuk.

Drama hit terbaharu yang dilakonkan oleh Seung Hyub adalah ‘Love Next Door’ di mana persembahan komedinya sebagai Bae Dongjin telah mendapat pujian hebat daripada penonton.

Foto: Ahli kumpulan N.Flying

Kategori & Harga Tiket Jelajah 2024 N.Flying Live ‘HIDE-OUT’

Buat mereka yang tertunggu-tunggu, jangan lepaskan peluang bagi mendapatkan tiket konsert bermula Jumaat ini (27 September) jam 11 pagi [DI SINI] sehingga 11 November 2024.

Anda boleh membeli tiket konsert menerusi enam kategori dengan harga serendah RM368 sahaja. Berikut kami sertakan jenis kategori bersama harga bagi setiap tiket:

  • Kotak VIP: RM6,288 (8 tempat duduk sahaja)
  • Zon Premium: RM799
  • VIP: RM688
  • CAT 1: RM558
  • CAT 2: RM468
  • CAT 3: RM368

Untuk info, setiap transaksi pembelian hanya terhad kepada empat tiket sahaja. Bagi mendapatkan kemas kini dan maklumat mengenai jelajah ini, anda boleh layari More Entertainment di laman Instagram [DI SINI].

Foto: Kategori tiket konsert 2024 N.Flying Live ‘HIDE-OUT’

Kepada para peminat yang membeli tiket Premium Zone, VIP dan CAT 1 anda berpeluang menerima faedah lain seperti poster sign ahli kumpulan N.Flying, gambar polaroid ahli N.Flying, menyertai sesi perpisahan dan foto berkumpulan.

Jangan lupa juga, sesetengah faedah peminat yang dinyatakan mempunyai had tersendiri. Jadi siap sedialah dengan peranti masing-masing Jumaat ini untuk berebut tiket okay?

Foto: Kategori tiket konsert 2024 N.Flying Live ‘HIDE-OUT’

Latar Belakang Band N.Flying

N.Flying debut sebagai kumpulan indie di Jepun dengan single berjudul ‘Bakset’ pada 1 Oktober 2013 yang lalu di bawah FNC Entertainment. Sebelum debut, N.Flying tampil dengan persembahan pertama di Cyclone, Shibuya di negara ‘Matahatri Terbit’ itu pada 28 September 2013.

Mereka kemudian membuat kemunculan secara rasmi di Korea Selatan pada Mei 2015 dengan album mini dipanggil sebagai ‘Awesome’.

Bermula dengan enam ahli, kini N.Flying meneruskan karya dalam bidang seni bersama lima orang ahli sahaja.

Tampil dengan pelbagai lagu hit, N.Flying telah mencipta pelbagai rekod dengan memenangi banyak anugerah sepanjang kerjaya mereka bermula. Antaranya:

  • Anugerah Gold Disc, Jepun: 3 Artis Terbaik Asia (2015)
  • Anugerah Brand of The Year: Band Tahunan (2019)
  • Anugerah Melon Musics: Anugerah Terbaik Rock (2019)
  • Anugerah Soribada Best K-Music: Anugerah Bintang Hit (2019)
  • Anugerah The Fact Music: Anugerah Band Tahun Ini (2019)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd