Royal Canin Tampil Dengan Aktiviti Menarik & Interaktif Di Ekspo Kucing 2024!
Di Ekspo Kucing 2024 ini, pihak Royal Canin turut berkongsi info tentang penjagaan rapi dan jenis pemakanan yang sesuai buat haiwan peliharaan kesayangan anda.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Khas buat pencinta kucing di luar sana, Ekspo Kucing 2024 kini berlangsung secara besar-besaran di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur bermula hari ini (6 September) hingga 8 September.
Menerusi eskpo itu, para pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan oleh vendor termasuklah pengeluar produk makanan anjing dan kucing, Royal Canin.
Aktiviti menarik tersebut direka khas untuk membimbing pemilik-pemilik kucing mengenai penjagaan si bulus dengan penuh bertanggungjawab, selain mendedahkan kepentingan memberikan yang terbaik semasa fasa tumbesaran awal anak kucing.
Produk Start of Life Royal Canin Kuatkan Imun Sistem Anak Kucing
Di lokasi pameran, pihak Royal Canin telah memberikan tumpuan utama kepada rangkaian produk ‘Start of Life’ bagi kucing.
Pameran tersebut mengetengahkan rangkaian produk berkenaan yang memberi zat-zat diperlukan oleh anak kucing untuk menguatkan lagi sistem imun mereka agar dapat membesar menjadi kucing dewasa yang sihat.
“Kami sangat teruja dapat menyertai Ekspo Kucing 2024! Ia adalah sebuah platform yang hebat untuk kami berhubung dengan pemilik-pemilik kucing, berkongsi pengetahuan mengenai kesihatan melalui pemakanan dan meningkatkan kesedaran mengenai pemilikan kucing yang bertanggungjawab,” kata Ketua Pemasaran Royal Canin Malaysia, Ms Teh Meng Li.
Ms Teh & Pakar Veterinar Ungkai Mitos Tentang Kucing
Kehadiran team TRP di sana turut berpeluang menyertai sesi bersama pakar veterinar Dr Salehatul Khuzaimah atau lebih mesra dikenali sebagai Dr Ima dalam merungkai mitos-mitos mengenai si bulus dan cara penjagaan yang perlu diterapkan oleh semua pemilik kucing.
Mengambil peluang ini, Royal Canin juga membimbing orang ramai tentang penggunaan Protein Mudah Hadam (Low Indigestible Proteins/ L.I.P) dalam produk mereka. Ia menunjukkan manfaat protein premium yang sangat mudah dihadam untuk membantu kucing menyerap nutrien penting tersebut dengan lebih cekap.
“Di Royal Canin, kami percaya setiap haiwan peliharaan berhak untuk hidup dengan sihat. Rangkaian Start of Life kami untuk anak anjing dan anak kucing mengandungi Protein Mudah Hadam (L.I.P) yang berkualiti tinggi untuk memastikan anak anjing dan anak kucing menerima khasiat pemakanan penting yang mereka perlukan untuk fasa tumbesaran awal,” ujar Ms Teh.
Selaras dengan slogan Royal Canin iaitu, “A Better World For Pets” matlamat utama jenama ini adalah untuk memenuhi keperluan dan memberikan dunia yang lebih baik kepada haiwan peliharaan selain memberikan bimbingan kepada pemilik tentang penjagaan rapi si bulus.
6 Booth Royal Canin Penuh Dengan Aktiviti Interaktif
Di Ekspo Kucing 2024 ini, Royal Canin tampil dengan enam stesen yang menarik, direka cipta untuk menampilkan pengalaman unik, bermaklumat dan interaktif buat para pengunjung.
Sambil menyelam tengok barangan dan produk kucing, ‘cat lovers’ juga, tidak akan bosan dengan booth disediakan di sana iaitu:
- Booth 1: Permainan skrin sentuh menyeronokkan tentang kepentingan pemakanan yang betul di sepanjang fasa tumbesaran anak kucing.
- Booth 2: Paparan visual interaktif yang menangkis mitos mengenai diet protein tinggi dan penjelasan tentang manfaat L.I.P kibble Royal Canin.
- Booth 3: Tinjauan bermaklumat yang menawarkan cadangan pemakanan dan garis panduan pemberian pemakanan kucing mengikut keperluan khusus mereka.
- Booth 4: Mendidik para pengunjung tentang manfaat pemberian campuran makanan basah dan kering yang seimbang bagi mengekalkan kesihatan kucing pada tahap optimum.
- Booth 5: Booth foto di mana pemilik kucing boleh merakam gambar kenangan bersama si bulus mereka.
- Booth 6: Sesi Bertemu Vet yang sangat dinanti-nantikan di mana peserta berpeluang untuk mendapatkan panduan daripada pakar veterinar mengenai kesihatan, cara penjagaan kucing yang bertanggungjawab, tingkah laku dan cara membela haiwan kesayangan mereka dengan sebaik mungkin.
Kepada mereka yang berminat, anda masih sempat mengunjungi Ekspo Kucing 2024 hingga Ahad ini. Bolehlah membeli-belah barangan ‘majikan’ anda!
Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif Start of Life Royal Canin Malaysia dan maklumat produk tambahan, anda boleh layari [DI SINI] atau hubungi talian +603 7492 0188.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram