Now Reading
Siti Nurhaliza Berjaya Curi Hati 5,100 Penonton Di Konsert Love is In The Sky di Arena of Stars!

Siti Nurhaliza Berjaya Curi Hati 5,100 Penonton Di Konsert Love is In The Sky di Arena of Stars!

Peminat telah memenuhi Konsert ‘Love is In The Sky’ oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza di dewan Arena of Stars dan jualan tiket pada hari pertama telah sold out dalam masa 2 jam sahaja!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (10 Ogos) pada jam 8:30pm bertempat di Arena of Stars, Genting Highlands telah berlangsungnya konsert Siti Nurhaliza yang berjudul Love is In The Sky.

Konsert berkenaan telah membuka tirai dengan persembahan seorang penyanyi dan penulis lirik, Natasha Suss yang mendendangkan dua buah lagu.

Sejurus selesai, Siti Nurhaliza tampil ke pentas dengan bunyi sorakan yang begitu kuat oleh 5,100 penonton yang menghadiri konsert penyanyi tersohor itu.

Riuh rendah dewan Arena of Stars semalam.

Diikuti pula dengan para penonton yang hadir mengikut tema konsert berkenaan iaitu merah, merah jambu, dan juga putih.

#SitiZoners mengenakan pakaian mengikut tema yang ditetapkan. Steady!

Pemilihan Lagu-lagu Lama Didendangkan oleh Siti Nurhaliza

Lagu pertama yang dipersembahkan telah membuatkan orang ramai terpukau iaitu Jerat Percintaan. Untuk pengetahuan umum, lagu ini telah ditulis oleh Adnan Abu Hassan dan dirakamkan pada tahun 1995!

Ya, 29 tahun lamanya tapi masih mendapat tempat di hati #SitiZoners.

Antara lagu lain yang dipersembahkan oleh Siti Nurhaliza malam tadi adalah:

  • Wajah Kekasihku
  • Dialah Di Hati
  • Ku Milikmu
  • Satu Cinta Dua Jiwa
  • Kau Sangat Bererti
  • Percayalah
  • Kau Kekasihku
  • Jaga Dia Untuk Aku
  • Biarlah Rahsia
  • Bukan Cinta Biasa
  • Seindah Biasa
  • Kesilapanku, Keegoanmu
  • Indah Percintaan
  • Niat Di Hati
  • Aku Cinta Padamu, dan pelbagai lagi lagu hits daripada Tokti!

Lebih menarik pada malam tersebut juga Siti Nurhaliza telah menyampaikan sebuah lagu bertajuk ‘Nadi’. Ia pertama kali dimainkan secara langsung (live) buat para penonton dan difahamkan lagu tersebut dicipta buat dua nyawa beliau iaitu Siti Aafiyah dan juga Afwa, cahaya mata beliau.

Siti Aafiyah dan Afwa Teman Ibu Atas Pentas Buat Kali Pertama

Bagi kami, momen paling comel saat persembahan konsert Siti Nurhaliza pada malam itu adalah sewaktu kedua-dua anak beliau dipanggil ke atas pentas untuk menemani ibunya semasa mempersembahkan lagu berjudul Nadi.

Aafiyah pada ketika itu memainkan piano pada permulaan lagu tersebut manakala Afwa pula dilihat mencuit hati pada penonton dengan telatah dan gelagatnya sepanjang berada di atas pentas.

Telatah comel Afwa dan Aafiyah ketika berada di atas pentas bersama ibu tercinta.

Comel sangat. Serius.

Penonton Diberi Peluang Untuk Berkaraoke Ketika Siti Nurhaliza Di Belakang Pentas

Ha, ini antara kejutan yang tidak disangka-sangka juga.

Siti Nurhaliza memutuskan untuk memberikan peluang buat para peminatnya bagi menikmati sesi karaoke bersendirian tanpa beliau di atas pentas. Lagu berjudul ‘Purnama Merindu’ telah dinyanyikan dengan kuat oleh setiap yang hadir di konsert berkenaan sehinggakan ada yang berdiri (mungkin untuk lebih menikmati), malah ada juga yang menjadikan telefon bimbit sebagai mikrofon (untuk lebih ‘feel’ mungkin).

Apa pun, #SitiZoners memang steady dan sporting habis.

Malam Bertemakan ‘Cinta’ Diraikan Oleh Datuk Siti Nurhaliza & Suami

Kami juga difahamkan iaitu pada bulan Ogos setiap tahun merupakan ulang tahun perkahwinan Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama dengan suami beliau, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Pasangan ini telah berkahwin pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan kelahiran cahaya mata pertama pada 19 Mac 2018, iaitu Siti Aafiyah – nama yang diberikan sempena dengan doa Nabi Muhammad SAW.


Siti Nurhaliza Love Is In The Sky

Untuk pengetahuan anda, konsert Love Is In The Sky ini diadakan selama dua (2) hari iaitu pada 10 dan 11 Ogos 2024 pada jam 8:30pm bertempat di Arena of Stars, Genting Highlands.

Ini juga merupakan kali pertama Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat persembahan di Arena of Stars di mana lokasi ini difahamkan sangat memberi makna mendalam buat dirinya yang bergelar anak seni kerana telah memenangi beberapa anugerah di pentas sama.

<3

Jadi, untuk anda yang mungkin terlepas untuk menonton konsert Siti Nurhaliza semalam, masih ada peluang berbaki beberapa jam sahaja lagi sebelum konsert bermula! 😀

[SITI NURHALIZA LOVE IS IN THE SKY]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd