Harith Iskander & Dr Jezamine Sah Cerai Talak Satu
Harith Iskander Musa, 57, telah melafazkan cerai talak satu kepada Dr Jezamine Lim pada jam 12:05 tengah hari, hari ini (25 Julai) di hadapan Hakim Syarie Siti Noraini Mohd Ali.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Terbaharu, pelawak Harith Iskander dan bekas isteri, Dr Jezamine Lim telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini (25 Julai).
Harith atau nama penuhnya Harith Iskander Musa, 57, melafazkan cerai talak satu pada jam 12:05 tengah hari di hadapan Hakim Syarie Siti Noraini Mohd Ali selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan oleh Jezamine pada 24 Jun lalu.
Susulan itu, Hakim Syarie Wan Mohd Najib memerintahkan Jezamine, 41, untuk menjalani tempoh idah selama tiga bulan dan mereka perlu mendaftarkan perceraian.
Harith Dan Jezamine Persetujui Beberapa Terma
Kedua-dua pihak iaitu Jezamine dan Harith diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader telah memilih untuk menjalani prosiding secara tertutup kerana tidak mahu mendedahkan isu rumah tangga mereka.
Akberdin di hadapan hakim memberitahu bahawa Harith dan Jezamine telah mempersetujui beberapa terma termasuklah nafkah anak manakala proses hadanah iaitu penjagaan anak pula akan diuruskan minggu hadapan.
Tambah Akberdin lagi, punca perceraian adalah kerana tiada persefahaman.
Hari ini, Harith telah melafazkan talak satu di hadapan hakim dan nafkah anak juga telah selesai. Kalau nak cakap tentang punca perceraian, memang tiada persefahaman antara plaintif dan defendan. Mengenai hadanah pula akan diselesaikan pada minggu depan di Mahkamah Tinggi Syariah.
Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader.
Harith Iskander Mengaku Salah Atas Pergolakan Rumah Tangga
Dalam temu bual bersama TRP, Harith memberi penjelasan tentang apa yang berlaku pada rumah tangganya bersama bekas isteri.
Menurut Harith, mereka berdua sudahpun mencuba yang terbaik untuk memperbaiki masalah rumah tangga ini namun tidak mencapai kata sepakat.
“Kami dah cuba pelbagai cara seperti pergi berjumpa dengan kaunseling perkahwinan dan berbincang dengan kawan-kawan,” ujar Harith.
Ini menyebabkan mereka akhirnya menyedari perkara terbaik adalah mereka meneruskan hubungan sebagai sahabat.
Mereka bagaimanapun menegaskan, apa yang berlaku langsung tidak melibatkan keganasan rumah tangga.
Harith turut menjelaskan keputusan yang dibuat oleh mereka berdua ini bukanlah dilakukan secara tiba-tiba, tetapi ia sudah dilakukan pada tempoh yang agak lama.
Pelawak itu telah mendirikan rumah tangga bersama Jezamine 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga orang anak.
Baca Artikel Berkaitan: [Eksklusif] “Saya Lelaki, Saya Buat Silap” – Harith Iskander Perjelas Isu Konflik Rumah Tangga
Baca Artikel Berkaitan: Harith Iskander & Jezamine Perjelas Isu Fail Cerai, Ramai Doakan Yang Terbaik
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.