Now Reading
Indonesian Music Festival Bawa Kotak, Ifan Seventeen & Marcello Tahitoe Di KL Pada 24 Ogos Ini!

Indonesian Music Festival Bawa Kotak, Ifan Seventeen & Marcello Tahitoe Di KL Pada 24 Ogos Ini!

Harga tiket Indonesian Music Festival ini akan dijual pada harga RM488 (VIP), RM388 (CAT 1), RM338 (CAT 2), RM288 (CAT 3) dan RM188 (CAT 4).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


UnUsUaL Entertainment selaku penganjur konsert bakal membawakan Kotak, Ifan Seventeen dan Marcello Tahitoe ke Malaysia bagi menjayakan Indonesian Music Festival yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 24 Ogos 2024 (Sabtu) dan bermula pada jam 7 malam.

Kotak

Kotak merupakan sebuah kumpulan muzik rock Indonesia yang ditubuhkan pada 27 September 2004. Kini Kotak terdiri daripada Tantri (Tantri Syalindri Ichlasari) sebagai vokalis, Chua (Swasti Sabdastantri) sebagai pemain bass dan Cella (Mario Marcella) pula pemain gitar utama.

Band Kotak yang popular dengan lagu antaranya, ‘Pelan-Pelan Saja’, ‘Masih Cinta’, ‘Tendangan Dari Langit’ dan ‘Aku Yang Tersakiti’ pasti tidak akan mengecewakan penonton.

Antara kejayaan yang dimenangi oleh Kotak dalam pelbagai acara anugerah muzik adalah Anugerah  Muzik Indonesia ke-12, untuk Kategori Solo/Duo/Kumpulan Rock Terbaik. Album ‘Kotak Kedua’ turut  dianugerahkan kategori Album Rock Terbaik. 

Mereka juga berjaya memenangi kategori Kumpulan/Duo Pendatang Baru Terbaik mengikut Anugerah  Planet Muzik (APM) 2009 serta Anugerah MTV Indonesia untuk Most Favourite Breakhtrought Artist  2009. 

Ifan Seventeen

Bagi para penggemar lagu ‘Kemarin’ milik Ifan Seventeen, kini saatnya untuk menikmati suara merdunya setelah insiden kecelakaan yang menimpa Ifan pada tahun 2018 lalu.

Setelah tahun 2018 berlalu, Ifan kini berada dalam perjalanan baru dan lebih memilih untuk bernyanyi solo, setiap kali menyanyikan lagu ciptaan Herman Sikumbang, ‘Kemarin’.

Ifan yang kini berusia 41 tahun (nama sebenar Rifian Fayacia) pasti akan menghiburkan para peminat dengan lagu-lagu popular Seventeen lainnya seperti ‘Cinta Jangan Disembunyikan’, ‘Akujira’, ‘Menunggu Kamu’, ‘Jaga Selalu Hatimu’, ‘Sumpah Ku Mencintaimu’, dan ‘Hal Terindah’.

Marcello Tahitoe

Manakala seorang lagi penyanyi yang bakal menghibur penonton di Indonesian Music Festival ialah Marcello Tahitoe, 41. Marcello Tahitoe atau lebih dikenali sebagai Ello, adalah seorang penyanyi, komposer dan produser muzik Indonesia dan merupakan vokalis baru kumpulan Dewa 19 sejak 2022 hingga sekarang. 

Penyanyi berdarah campuran Maluku-Batak itu lahir daripada keluarga seni kerana bapanya, Minggoes Tahitoe dan ibu, Diana Nasution adalah penyanyi popular era 1970-an.

Ello yang merupakan pemuzik berbakat pernah menerima anugerah Pendatang Baru Terbaik sempena Anugerah Muzik Indonesia (AMI) pada 2005, Album Pop Terbaik (2005), Karya Produksi R&B Terbaik (2005), Penyanyi Solo Rock Terbaik (2016), Penyanyi Solo Rock Terbaik (2019), Album Rock Terbaik  (2021) dan Album Terbaik-Terbaik (2021).

Antara lagu-lagu popular Ello adalah ‘Gak Kayak Mantanmu’, ‘Kisah Kita T’lah Usai’, ‘Benci Tapi Rindu’, ‘Takkan Ada Aku Lagi’, ‘Sorry Abis’ dan banyak lagi. Sebelum menjadi vokalis Dewa 19, Ello mempunyai enam album studio termasuklah ‘Ello’, ‘Realistis/Idealis’, ‘Taub Mumu’, ‘Jalur Alternatif’, ‘Antistatis’ dan ’99’.


Harga Tiket Indonesian Music Festival di Kuala Lumpur

Untuk menonton persembahan artis hebat ini jangan lupa untuk menempah tiket-tiket yang dijual pada harga RM488 (VIP), RM388 (CAT 1), RM338 (CAT 2), RM288 (CAT 3) dan RM188 (CAT 4).

Tiket akanmula dijual pada 1 Julai di https://my.bookmyshow.com/.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd