Now Reading
Afgan Kembali Ke Plenary Hall, KLCC Pada 2 Disember Ini Bersama Malaysian Philharmonic Orchestra

Afgan Kembali Ke Plenary Hall, KLCC Pada 2 Disember Ini Bersama Malaysian Philharmonic Orchestra

Penjualan tiket untuk konsert ‘Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra’ akan dibuka pada 5 Julai 2023 bermula jam 10:00 pagi.

Afgan Buat Konsert Lagi Di Plenary Hall, KLCC Disember Ini, Diiringi Malaysian Philharmonic Orchestr (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Walaupun berasal dari Indonesia, namun penyanyi terkenal Afgan ini juga mempunyai peminatnya yang cukup ramai di Malaysia sejak dari awal penglibatannya dalam industri muzik.

Pada bulan Disember tahun lalu, Afgan atau nama sebenar Afgansyah Reza telah mengadakan Konsert Afgan Evolution di Plenary Hall, KLCC.

BACA JUGA: Konsert Afgan Live In Malaysia Disember Ini Di Plenary Hall, KLCC. Tiket Dijual Serendah RM258!

Oleh kerana konsert tersebut mendapat sambutan yang cukup hangat, Afgan sekali lagi akan memberikan berita gembira kepada para peminatnya di Malaysia.


Afgan Kembali Ke Malaysia Untuk Konsert ‘Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra’

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pihak penganjur Renjana Idea di laman Instagram (@renjanaidea), Afgan bakal menggegarkan Kuala Lumpur sekali lagi menerusi konsert ‘Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra’.

Konsert tersebut akan berlangsung pada 2 Disember 2023 di Plenary Hall, KLCC.


Tiket Konsert Afgan Akan Mula Dijual 5 Julai Ini

Kepada para peminat Afgan di luar sana, jangan melepaskan peluang anda untuk membeli tiket konsert tersebut pada 5 Julai ini bermula jam 10:00 pagi di laman web GoLive Asia.

Harga tiket dijual mengikut kategori seperti berikut:

  • Bawalah Cintaku (RM258)
  • M.I.A (RM298)
  • Knock Me Out (RM338)
  • Heaven (RM588)
  • Lenggang Puspita (RM888)
  • Panah Asmara (RM998)
  • Lestari Merdu (RM1,488)

Afgan Pun Tak Sabar Nak Buat Konsert Lagi Di Malaysia!

Memetik laporan Astro Awani, Afgan meluahkan rasa tidak sabar untuk sekali lagi mengadakan konsert di Malaysia pada tahun ini selepas dipilih oleh pihak penganjur Renjana Idea kerana sambutan yang cukup menggalakkan dari para peminat.

Sejujurnya, saya juga tidak menjangka penganjur sekali lagi memilih saya untuk mengadakan konsert selepas Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur pada Disember tahun lalu. Namun, saya percaya mereka ada alasan tersendiri. Selain saya juga senang bekerjasama dengan mereka.

Afgan.

Oleh kerana terlalu kerap membuat konsert di Kuala Lumpur, Afgan sudah menganggap Malaysia sebagai ‘rumah kedua’ bagi dirinya.

Tidak dinafikan, Malaysia ibarat rumah kedua saya dalam berkarya. Setiap lagu saya diterima baik dan mendapat sambutan menggalakkan oleh peminat. Apatah lagi setiap kali saya menjayakan konsert di Malaysia, peminat tidak henti-henti memberikan sokongan. Itu satu penghormatan buat saya.

Afgan.

Malah, Afgan juga teruja kerana pertama kali akan mengadakan konsert dengan bekerjasama bersama pemuzik daripada Malaysian Philharmonic Orchestra.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd