Now Reading
Yuna Dedah Pernah Cipta Lagu Dengan Billie Eilish Tapi Lagu Tak ‘Release’, Ramai Nak Tengok 2 Artis Ini Berkolaborasi

Yuna Dedah Pernah Cipta Lagu Dengan Billie Eilish Tapi Lagu Tak ‘Release’, Ramai Nak Tengok 2 Artis Ini Berkolaborasi

Yuna mendedahkan Billie Eilish pernah menghantar DM untuk berjumpa dengannya tetapi tidak menyedari mesej di Twitter itu selepas dua tahun.

Yuna Dedah Pernah Cipta Lagu Dengan Billie Eilish Tapi Lagu Tak 'Release', Ramai Nak Tengok 2 Artis Ini 'Collab'

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila sebut nama Yuna dan Billie Eilish, siapa je yang tak kenal, betul tak?

Dua orang artis ini mempunyai ramai peminat dari seluruh negara kerana lagu-lagu yang dihasilkan berjaya menambat hati orang ramai menerusi dengan karya yang dihasilkan.

Sebelum ini, Billie Eilish pernah membuat konsert pertamanya di Malaysia bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil dan mendapat sambutan yang cukup hangat. Katanya tiket pun ‘sold out’ dalam tempoh yang cepat ya.

BACA JUGA: [Video] Siap Bawa Maggie Cup! Remaja Sanggup Bangun Seawal 4 Pagi Demi Konsert Billie Eilish


Yuna Dan Billie Eilish Pernah ‘Collab’ Buat Lagu Bersama

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman TikTok Fly FM (@flyfm) ketika temubual di konti radio tersebut bersama Yuna, penyanyi itu mendedahkan ‘rahsia’ yang membuatkan ramai peminat terkejut.

Ketika disoal tentang artis yang pernah berkolaborasi bersamanya, Yuna menceritakan Billie Eilish merupakan salah seorang daripadanya.

Kisah tersebut bermula apabila Eilish menghantar mesej ke akaun Twitter Yuna pada tahun 2016 tetapi ‘DM’ itu tidak disedari oleh penyanyi tersebut yang sedang sibuk membuat persiapan di Camp Flog Gnaw Festival.

Kiri: Yuna, Kanan: Billie Eilish. (Sumber: Instagram @yuna/ Instagram @billieeilish).

Namun, Yuna atau nama sebenar Yunalis Zarai hanya mula menyedari ‘DM’ dari Eilish itu selepas dua tahun.

Pada waktu itu, Billie memperkenalkan dirinya sebagai peminat Yuna yang berusia 14 tahun dan juga seorang penyanyi. Eilish juga memberitahu dia menyukai lagu Lullabies. Malah, dia juga ingin berjumpa dengan saya di belakang pentas pada ketika itu. Tapi saya terlepas DM tersebut.

Yuna

Tidak lama selepas itu, Yuna menghubungi semula Eilish dan mereka sempat berjumpa dan mencipta lagu bersama-sama. Walau bagaimanapun, lagu tersebut tidak dapat disiarkan kepada umum.

Kami berjumpa dan mencipta satu lagu yang sangat comel. Tetapi lagu tersebut tidak dapat dikeluarkan. Apa-apa pun, Eilish seorang yang sangat ‘lovely’.

Yuna.
https://www.tiktok.com/@flyfm/video/7230811062235401474

Ramai Peminat Teruja Untuk Lihat Yuna Dan Billie Eilish ‘Collab’ Buat Lagu

Di ruangan komen video tersebut, ramai peminat yang meluahkan rasa teruja dengan kisah tersebut dan mengharapkan impian mereka untuk melihat Yuna dan Billie Eilish membuat kolaborasi bersama-sama menjadi kenyataan.

Siap ada yang minta Yuna untuk ‘release’ lagu hasil nyanyiannya bersama Billie Eilish ya.

Yuna ‘collab’ dengan Billie Eilish kot? Mesti best!


Latar Belakang Yuna Sebagai Penyanyi

Yuna merupakan penyanyi dari Malaysia yang kini menetap di Amerika Syarikat dan pernah berkolaborasi bersama ramai artis antarabangsa dalam menghasilkan lagu dengan genre Pop, Indie, R&B serta Balada.

Antara artis antarabangsa yang pernah berkolaborasi bersama Yuna adalah:

  • Usher
  • G-Eazy
  • Jay Park
  • Jhené Aiko
  • Epik High
  • KYLE

Terbaharu, Yuna mengeluarkan album terkini miliknya berjudul ‘Masih Yuna’ dengan empat lagu iaitu:

  • Masih Sunyi
  • Menanti
  • Asing
  • Camaraderie

Jangan lupa ‘check it out’ lagu baru Yuna!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd