Now Reading
Siti Nurhaliza Dipilih Komposer Indonesia, Nyanyi OST Filem Anwar: The Untold Story

Siti Nurhaliza Dipilih Komposer Indonesia, Nyanyi OST Filem Anwar: The Untold Story

Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu OST bertajuk Menjaga Cintamu yang dicipta oleh komposer Indonesia, Andi Rianto untuk filem Anwar: The Untold Story.

Siti Nurhaliza Nyanyi OST Lagu Untuk Filem Tentang Anwar Ibrahim (2)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebuah filem Indonesia bertajuk ‘Anwar: The Untold Story’ arahan Viva Westi dan diterbitkan oleh Bianglala Entertainment bakal menayangkan kisah melibatkan Perdana Menteri Malaysia kesembilan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Karakter utama di dalam filem ini memang cukup dikenali di kedua-dua buah negara iaitu Farid Kamil yang memegang watak sebagai Anwar Ibrahim dan digandingkan bersama Acha Septriasa sebagai Dr Wan Azizah.

Filem ini yang menelan kos sebanyak RM10 juta turut melibatkan beberapa lokasi penggambaran serta kru di Malaysia.

BACA JUGA: Indonesia Bakal Terbit Filem Tentang Anwar Ibrahim & Farid Kamil Pegang Wataknya

Sumber; Facebook Anwar: The Untold Story

Siti Nurhaliza Dipilih Sebagai Penyanyi OST Untuk Filem Anwar: The Untold Story

Selain itu, lagu OST untuk filem Anwar: The Untold Story ini juga dinyanyikan oleh penyanyi terkenal tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Mesej cinta, kesetiaan dan kisah pengorbanan wanita di dalam lagu berkenaan membuatkan Siti bersetuju menerima lamaran produser serta pengarah untuk menyanyikan lagu bertajuk Menjaga Cintamu untuk filem tersebut.

Saya terima tawaran menyanyikan lagu Menjaga Cintamu kerana yakin dengan kekuatan lagu ini. Ia bukan hanya memberi gambaran tentang kesetiaan Dr Wan Azizah, tetapi secara amnya, untuk wanita yang setia mencintai pasangan mereka.

Penyanyi terkenal Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Memetik laporan Berita Harian, lagu ciptaan Andi Rianto dan lirik oleh Sekar Ayu Asmara menjadikan impian Siti untuk bekerjasama dengan komposer terkenal Indonesia juga telah tercapai.

Anwar: The Untold Story
Sumber: TikTok @potretkehidupan84/ Instagram @andirianto_official

Dalam pada itu, Siti turut berterima kasih kepada Penerbit Eksekutif Zukiflee Anwar Haque atau Zunar dan pengarah dari Indonesia iaitu Viva Westi kerana memberi kepercayaan kepada dirinya untuk menyanyikan lagi Menjaga Cintamu.

Sejujurnya, saya sudah lama menyimpan hasrat untuk bekerjasama dan menyanyikan lagu ciptaan Andi. Jadi, peluang ini bagaikan pucuk dicita ulam mendatang dan ia sangat bermakna.

Penyanyi terkenal Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Malah, Andi iaitu pencipta lagu itu sendiri menjaga vokal Siti ketika proses rakaman lagu dilakukan di Studio Cranky Music milik komposer Aubrey Suwito.

Proses rakaman yang hanya mengambil masa satu jam membuatkan Andi terkejut kerana kebiasaannya proses berkenaan mengambil tempoh kira-kira dua jam atau lebih.

Saya merakamkan lagu Menjaga Cintamu selama sejam. Andi terkejut kerana biasanya proses rakaman lagu adalah selama dua jam atau lebih. Namun, lagu Menjaga Cintamu memang mudah menyerap dalam hati, jadi saya dapat menyanyikannya dalam tempoh yang singkat.

Penyanyi terkenal Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Siti-Nurhaliza-Nyanyi-OST-Lagu-Untuk-Filem-Tentang-Anwar-Ibrahim-3
Sumber: TikTok @potretkehidupan84

Sinopsis Filem Anwar: The Untold Story

Filem Anwar: The Untold Story mengisahkan tentang perjuangan seorang ahli politik Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ingin menghapuskan budaya rasuah dalam negara.

Latar masa di dalam filem ini bermula dari tahun 1993 sehingga September 1998 ketika Anwar mula memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan sehinggalah beliau dipecat.

Filem yang diambil dari kisah benar ini menceritakan sikap Anwar yang tegas dan konsisten dalam melawan rasuah dari pelbagai pihak serta enggan menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

Dalam filem ini, anda akan melihat beliau difitnah dengan bermacam jenis konspirasi serta dipukul ketika ditahan di dalam penjara.

Anwar: The Untold Story ini dijangka akan ditayangkan di pawagam pada bulan Mei ini dengan berdurasi 108 minit.

Kepada anda yang tidak sabar untuk menonton filem ini, bolehlah tengok teaser mereka dahulu.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd