Now Reading
Michelle Yeoh Jadi Wanita Asia Pertama Tercalon Dalam Oscar Bagi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik

Michelle Yeoh Jadi Wanita Asia Pertama Tercalon Dalam Oscar Bagi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik

Michelle Yeoh telah dicalonkan untuk lakonannya dalam filem Everything Everywhere All At Once.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tan Sri Michelle Yeoh yang kini berusia 60 tahun telah mencipta sejarah apabila beliau menjadi pelakon Asia pertama yang dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk Academy Award atau lebih dikenali sebagai Oscar.

Pencalonannya ini juga menjadikan beliau sebagai rakyat Malaysia pertama yang tersenarai dalam kategori anugerah tersebut.

Pelakon kelahiran Ipoh itu dicalonkan untuk wataknya sebagai Evelyn Wang dalam filem aksi sains fiksyen A24 bertajuk Everything Everywhere All At Once.

Turut tersenarai dalam kategori anugerah berkenaan adalah:

Sumber: IMDb

Seperti yang dilaporkan oleh The Hollywood Reporter, Yeoh memberitahu kepada wartawan bahawa ia mengambil masa yang lama tetapi beliau percaya pencalonan ini bukan sekadar untuk pencapaian dirinya sahaja.

Sejak akhir-akhir ini, ramai rakyat Asia yang datang kepada saya dan berkata “Awak boleh buat, buatlah yang terbaik untuk kami”. Kata-kata mereka itu membuatkan saya faham kerana selama ini mereka tidak dikenali dan mendapat penghargaan.

Tan Sri Michelle Yeoh.

Yeoh telah berlakon dalam filem Everything Everywhere All At Once pada usia 59 tahun dan ia merupakan watak utama yang pertama buatnya dalam filem Hollywood.

Bagi edisi ke-94 Oscar sejak dilancarkan pada tahun 1929 di bawah Akademi Seni dan Sains Perfileman (AMPAS), tiada lagi wanita Asia yang tersenarai dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik.

Edisi ke-95 ini sememangnya mencatatkan sejarah tersendiri dan dengan bangganya Michelle Yeoh adalah penggiat seni Asia yang pertama dicalonkan.

Majlis Anugerah Akademi ke-95 akan diadakan pada 12 Mac di Los Angeles.

Jadi sama-samalah kita berharap Yeoh berjaya mendapat anugerah tersebut dan melakar sejarah yang cukup bermakna buat Asia.

Anugerah Lain Pernah Diterima Oleh Michelle Yeoh Atas Kejayaannya

Sebelum ini, Yeoh telah memenangi Golden Globe untuk Pelakon Wanita Terbaik bagi kategori Komedi/Muzikal pada Anugerah Golden Globe ke-80 pada 11 Januari lalu.

Bukan itu sahaja, Yeoh turut dinobatkan sebagai pelakon Asia pertama yang memenangi National Board of Review Awards pada majlis gala yang diadakan di New York City pada Ahad lalu (8 Januari).

Michelle Yeoh Lakar Sejarah Sebagai Wanita Asia Pertama Tercalon Dalam Oscar Bagi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik
Sumber: Instagram @michelleyeoh_official

Kemenangannya ini adalah hasil kejayaan lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once.

BACA JUGA: Michelle Yeoh Menang Anugerah Golden Globe, Cipta Sejarah Sebagai Pelakon Malaysia Pertama!

Penutup tahun 2022 lebih bermakna buat Yeoh selepas pelakon berkenaan dipilih sebagai ‘Icon Of The Year’ oleh majalah TIME yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat.

BACA JUGA: Michelle Yeoh Hiasi Muka Depan Majalah TIME Selepas Dipilih Sebagai ‘Icon Of The Year’


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd