Now Reading
Konsert Ungu Live In KL Bikin Penonton Mengalir Air Mata. Galau Benar!

Konsert Ungu Live In KL Bikin Penonton Mengalir Air Mata. Galau Benar!

Semalam (26 Disember), Konsert anjuran Star Planets dan disokong oleh Kementerian Pelancongan Malaysia ini telahpun berjaya menutup tirai persembahan di Kuala Lumpur, Malaysia selepas dua hari.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Aku ingin engkau selalu, hadir dan temani aku ~~

Malam-malam kalau tengah emosi dengan sesuatu, terdengar pula lagu Tercipta Untukku nyanyian kumpulan dari Indonesia, Ungu ini, bukan main sedih lagi. Walaupun tak ada apa yang menyedihkan, dengar lagu ini automatik galau.

Siapa macam ini? Jangan risau, itu normal.


Konsert Ungu Live In KL Terima Sambutan Hebat, 2 Hari Pula Tu!

Sumber: Siti Murni/TRP

Setelah penantian selama lima tahun, peminat kumpulan rock Indonesia, Ungu telah berjaya mengubat kerinduan dengan kemunculan konsert Ungu bersempena meraikan ulang tahun ke-26 mereka.

Konsert tersebut telah diadakan di Star Convention Center, Menara PGRM Kuala Lumpur, pada 26 dan 27 Disember 2022.

Pada hari pertama konsert itu, seramai lebih kurang 3,000 penonton dianggarkan hadir memenuhi dewan.

Paling menarik sekali, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mencemar duli bersama tiga orang anak baginda; YM Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, YM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan YM Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

BACA SINI: Konsert Sempena Ulang Tahun ke-26 Pukau Ribuan Peminat Ungu Di Kuala Lumpur [Video]

Difahamkan, pada hari pertama, Ungu telah menyampaikan kira-kira 20 buah lagu hits mereka termasuklah:

  • Demi Waktu.
  • Kekasih Gelapku.
  • Andai Ku Tahu.
  • Tercipta Untukku.
  • Hampa Hatiku, dan banyak lagi.

Vokalis Ungu Hiburkan Hati Peminat Sepanjang Konsert

Sumber: Siti Murni/TRP

Team TRP diberikan peluang untuk menghadiri persembahan konsert Ungu pada hari pertama dan kedua dan apa yang kami boleh katakan adalah: Memang menyeronokkan dan puas hati.

Sebab apa? Kumpulan Ungu ini sememangnya salah satu kumpulan yang memberikan tenaga yang sepenuhnya ketika menghiburkan peminat di Malaysia.

Meskipun ia merupakan hari kedua, mereka masih dilihat energetic!

Sumber: Siti Murni/TRP

Sepanjang konsert yang bermula daripada jam 8:45pm sehingga 11:30pm (YA MEMANG LAMA), Pasha, selaku vokalis kumpulan Ungu telah melontarkan pelbagai jenis jenaka tentang hal percintaan dan kehidupan sambil-sambil berinteraksi dengan peminat.

Pendek kata, tak kering gusi kami ketawa!

Konsert Ungu diadakan 2 hari, dan kedua-dua harinya juga penuh dihadiri oleh peminat. Cuba kalau konsert Ungu diadakan selama 7 hari, pasti 5 hari lagi itu tiada orang.

Pasha Ungu.

Untuk hari kedua, antara lagu-lagu hits yang dipersembahkan adalah I Need You, Ciuman Pertama, Berikan Aku Cinta, Cinta Gila, Kekasih Gelapku, Seperti Yang Dulu, Percaya Padaku, Bila Tiba, Cinta Dalam Hati, Demi Waktu (encore), dan banyak lagi.

Puas betul menyanyi semalam walaupun ada juga part yang terlupa lirik.

Malah, ada juga penonton yang mengalirkan air mata sederas-derasnya ketika lagu berjudul Tercipta Untukku didendangkan. :’)

Sumber: Siti Murni/TRP

Antara anggota kumpulan Ungu yang turut bersama dalam menjayakan konsert termasuklah Makki, selaku pemain bass guitar dan juga Rowman, selaku pemain drum.

Semalam (26 Disember), Konsert anjuran Star Planets dan disokong oleh Kementerian Pelancongan Malaysia ini telahpun berjaya menutup tirai persembahan di Kuala Lumpur, Malaysia selepas dua hari.

Sumber: Star Planets

Apa pun, kami enjoy! Sampai ketemu nanti! 😉

Sumber: Siti Murni/TRP

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd