Indonesia Bakal Terbit Filem Tentang Anwar Ibrahim & Farid Kamil Pegang Wataknya
Filem Indonesia bertajuk ‘Jalan Masih Panjang’ ini akan dilakonkan oleh Farid Kamil sebagai Anwar Ibrahim dan Acha Septriasa sebagai Dr. Wan Azizah.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Kalau kita imbas kembali beberapa tahun sebelum ini, boleh dikatakan banyak juga perkara berlaku di Malaysia yang menjadi detik bersejarah buat semua.
Dalam banyak-banyak perkara yang berlaku itu, kehidupan seorang ahli politik di Malaysia ini menjadi perhatian kumpulan produksi filem dari Indonesia.
Menerusi hantaran dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@madmarquez), sebuah biopik tentang calon politik yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU15) iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dihasilkan tidak lama lagi.
Kisah Anwar Ibrahim yang keluar masuk penjara dalam beberapa tempoh dan auranya masih kekal sehingga kini dilihat seakan-akan dalam filem.
Weyhh!! Filem tentang @anwaribrahim akan jadi kenyataan!! Bukan biasa-biasa punya produksi dan pelakon. Melibatkan 2 negara. Yg akan jadi Anwar Ibrahim @FaridKamilZ . Yang akan melakonkan watak @drwanazizah adalah @septriasa_acha . Director pula @vivawesti ! Tak sabar weyh!
— Mad Marquez (@madmarquez) November 7, 2022
🇲🇾🇮🇩 pic.twitter.com/JpmWo9Pjef
Filem Berkisahkan Anwar Ibrahim
Tajuk filem Indonesia arahan Viva Westi yang masih dalam pembikinan itu adalah ‘Jalan Masih Panjang’ dan bakal diterbitkan oleh Bianglala Entertainment melibatkan beberapa kru dari Malaysia.
Apa yang mengujakan tentang filem ini adalah barisan pelakonnya yang cukup terkenal di kedua-dua buah negara iaitu Farid Kamil sebagai Anwar Ibrahim dan digandingkan dengan Acha Septriasa sebagai Dr. Wan Azizah.
Farid Kamil sendiri berkongsi beberapa gambar ketika pembikinan filem berkenaan dengan memuat naiknya di laman Instagram miliknya (@faridkamilz).
Tengok gambar Farid Kamil dan Acha Septriasa memegang watak Anwar ibrahim dan Dr. Wan Azizah pun sudah cukup teruja.
Sekali tengok memang wajah Acha Septriasa ada iras-iras dengan Dr. Wan Azizah.

Sebelum ini, Acha Septriasa pernah memuat naik gambar bersama dengan Anwar Ibrahim dan juga Dr. Wan Azizah di laman Instagram.
Waktu itu agak kecoh juga kerana ramai yang tertanya-tanya mengapa mereka mengambil gambar bersama. Sekarang anda dah tahu kan?
Tak sabarnya nak tengok filem ini nanti!

BACA JUGA: Tun Dr Siti Hasmah is getting her own biopic about her love story with Dr M
BACA JUGA: Mat Kilau Raih RM71 Juta, Kalahkan Filem Hollywood Di Pawagam Malaysia
BACA JUGA: Filem ‘Imaginur’ Wakili Malaysia Ke Festival Filem Asia New York (NYAFF) 2022
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.