Konsert Westlife Live In KL Di Axiata Arena Pada 23 & 24 Februari 2023. 2 Hari Ya!
Tiket konsert Westlife Live In Kuala Lumpur pada 23 dan 24 Februari di Axiata Arena akan dijual pada 11 Oktober menerusi laman web Excitix.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Will I ever see you smiling back at me?
How will I know if I let you go?
Peminat Westlife mesti ‘familiar’ dengan lirik lagu di atas kan? Sebelum ini kalau asyik menyanyi lagu If I Let You Go ketika sesi karaoke, apa kata nyanyi sekuatnya pula di konsert mereka di Malaysia nanti.
Konsert Westlife Di Malaysia Pada 23 Dan 24 Februari 2023
Yes, Westlife bakal mengadakan konsert Live In Kuala Lumpur untuk menjayakan ‘The Wild Dreams Tour’ di seluruh dunia termasuklah Malaysia.
Konsert Westlife ini akan diadakan selama dua hari bertempat di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 23 dan 24 Februari 2023 jam 8:30 PM.

Pengumuman ini turut dikongsikan oleh kumpulan tersebut menerusi laman Twitter mereka (@westlifemusic).
We’re thrilled to announce that our February 16th 2023 Singapore show is now ON SALE, AND we have also added new dates in Kuala Lumpur, Kaohsiung and Bangkok! We can’t wait to see you again very soon 💛https://t.co/eiJ7g2j2w2 pic.twitter.com/MLGp1qvbzk
— Westlife (@westlifemusic) October 6, 2022
Tiket Konsert Westlife Di Malaysia Dijual Serendah RM294
Kepada para peminat Westlife yang ingin menghadiri konsert mereka, kena peka dengan dua tarikh di bawah jika anda ingin membuat pembelian tiket.
- Pre-Sale: 10 Oktober 2022 (Isnin), 11:00 AM.
- Main Atrium, Lalaport BBCC
- Online Ticket Sale: 11 Oktober (Selasa), 11:00 AM.
- Menerusi laman web Excitix
Harga tiket konsert Westlife Live in Kuala Lumpur pula adalah seperti berikut:
- VIP: RM884
- CAT 1: RM794
- CAT 2: RM594
- CAT 3: RM494
- CAT 4: RM394
- CAT 5: RM284
Susunan pentas dan lokasi setiap kategori boleh dilihat di bawah.

Syarat Untuk Mereka Yang Ingin Membeli Tiket Pre-Sale
Penjualan tiket Pre-Sale akan dilakukan secara fizikal di Main Atrium, Lalaport BBCC selama satu hari bermula jam 11:00 AM pada 10 Oktober ini.
Kepada anda yang ingin membeli tiket Pre-Sale ini, terdapat beberapa peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur Trumpet iaitu:
- Tidak boleh beratur terlalu awal iaitu malam sebelumnya pada 9 Oktober. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang insiden tidak diingini.
- Barisan untuk beratur hanya akan diambil kira di pintu masuk WOW Plaza sahaja. Sekiranya anda beratur di pintu masuk lain, anda tidak akan dilayan.
- Nombor giliran akan diberi bermula jam 9:00AM pada 10 Oktober di pintu masuk WOW Plaza.
- Maksimum pembelian adalan 10 tiket untuk satu transaksi.
- Digalakkan untuk membuat pembayaran secara cashless menggunakan kad debit, kad kredit atau e-Wallet.
- Tidak boleh memilih tempat duduk dan ianya berdasarkan ‘first come first serve’.
- Pembelian tiket tidak boleh dibatalkan, ditukar atau ‘refund’ selepas pembayaran dilakukan.
- E-tiket akan dihantar menerusi e-mel yang didaftarkan.

Kepada anda yang tak berpeluang hadir ke sesi penjualan Pre-Sale, pembelian tiket masih boleh dilakukan menerusi laman web Excitix pada 11 Oktober bermula jam 11:00AM.
BACA JUGA: Konsert OneRepublic Live In KL Pada 2023 Di KLCC. Tiket Dijual Serendah RM388
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.