Now Reading
Konsert OneRepublic Live In KL Pada 2023 Di KLCC. Tiket Dijual Serendah RM388

Konsert OneRepublic Live In KL Pada 2023 Di KLCC. Tiket Dijual Serendah RM388

Tiket untuk konsert OneRepublic pada 1 Mac 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hanya dijual pada harga RM388 untuk kategori Free Standing.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Mesti ramai pernah dengar lagu I Ain’t Worried oleh OneRepublic yang popular dalam filem Top Gun: Maverick kan?

Ada berita baik untuk para peminat OneRepublic sekalian!

Kumpulan penyanyi pop dari Amerika ini bakal mengadakan konsert jelajah di Asia pada tahun 2023 dan Malaysia juga tersenarai dalam salah satu lokasi mereka.

Pengumuman ini dimuat naik sendiri oleh kumpulan tersebut menerusi laman Twitter mereka (@OneRepublic) hari ini (21 September).

Konsert OneRepublic di Malaysia adalah pada 1 Mac 2023

Konsert yang bakal diadakan oleh OneRepublic ini akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 1 Mac 2023 jam 8:30 malam.

Konsert ini katanya tidak khusus kepada mana-mana album dan antara lagu popular yang akan menyanyikan adalah seperti:

  • West Coast
  • I Ain’t Worried
  • Secrets
  • Good Life
  • Stop and Stare
  • Counting Stars
  • If I Lose Myself

Tiket dijual pada harga RM388

Untuk konsert pada kali ini, hanya ada satu harga tiket yang tersedia untuk pembelian iaitu General Admission (GA) & Free Standing kerana diadakan di dewan tunggal Pusat Konvensyen KL.

Harga tiket dijual pada harga RM388.

Tiket akan mula dijual pada minggu depan, tetapi akan ada akses awal untuk beberapa kumpulan eksklusif seperti:

  • Pra-jualan The Fan Club: 27 September
  • Pra-jualan ahli Live Nation: 28 September
  • Jualan umum: 29 September

Pembelian tiket boleh dilakukan menerusi laman web rasmi OneRepublic dan GoLive.

BACA JUGA: Konsert Afgan Live In Malaysia Disember Ini Di Plenary Hall, KLCC. Tiket Dijual Serendah RM258!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd