Now Reading
Konsert Afgan Live In Malaysia Disember Ini Di Plenary Hall, KLCC. Tiket Dijual Serendah RM258!

Konsert Afgan Live In Malaysia Disember Ini Di Plenary Hall, KLCC. Tiket Dijual Serendah RM258!

Tiket Konsert Afgan Evolution Live In Malaysia pada 17 Disember 2022 akan dijual bermula 5 September ini di laman web GoLive Asia.

Konsert Afgan Live In Malaysia Disember Ini Di Plenary Hall, KLCC. Tiket Dijual Serendah RM258!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Peminat di Malaysia kini sangat teruja selepas penyanyi terkenal dari Indonesia iaitu Afgan atau nama sebenar Afgansyah Reza membuat pengumuman bakal mengadakan konsert Live In Malaysia pada Disember tahun ini.

Konsert Afgan Evolution itu bakal berlangsung selama satu hari pada 17 Disember 2022 (Sabtu) jam 8:30 malam di Plenary Hall, KLCC.

Pengumuman itu baru sahaja dikeluarkan semalam (31 Ogos) secara rasmi selepas dimuat naik di laman Instagram penyanyi tersebut (@afgan_).

Tiket bakal dijual bermula 5 September ini

Kepada peminat Afgan di luar sana, ‘lock’ tarikh 5 September (Isnin) ini kerana pada hari tersebut tiket akan dijual bermula jam 10:00 pagi di laman web GoLive Asia.

Harga tiket dijual mengikut kategori seperti berikut:

  • Confession No. 1 (Boleh meet & greet) : RM1,388
  • The One: RM998
  • Live to Love: RM888
  • Sides: RM588
  • Dekade: RM298
  • Wallflower: RM258

*Harga di atas tidak termasuk dengan yuran tiket RM4 dan caj tempahan RM10.

Get ready semua nak ‘berperang’ beli tiket Isnin minggu depan!

Sumber: GoLive Asia

Kalau anda nak tahu kedudukan pentas dan tempat duduk atau maklumat lanjut tentang konsert Afgan Evolution Live In Malaysia ini, boleh layari laman web GoLive Asia.

BACA JUGA: Konsert LANY Live In Malaysia November Ini. Tiket Dijual Mulai 10 Jun!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd