Raih Kutipan RM8 Juta Dalam 4 Hari, Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa ‘Trending’ Di Media Sosial
Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa yang baru sahaja ditayangkan pada 25 Ogos lalu juga akan dipersembahkan di Korea, Jepun dan Taiwan tidak lama lagi.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Selepas penangan filem Mat Kilau, kini tiba pula giliran filem tempatan yang baru sahaja ditayangkan pada 25 Ogos lalu iaitu Air Force The Movie: Selagi Bernyawa.
Menerusi perkongsian dimuat naik di laman Instagram (@airforcethemovie_official), filem aksi ketenteraan ini telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM8 juta selepas empat hari ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.
Malah, filem arah Zulkarnain Azhar dan Frank See akan juga ditayangkan di Korea, Jepun dan Taiwan tidak lama lagi.
Filem ini dipersembahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (RMA) bersama lima syarikat produksi iaitu Hiburan Multimedia, Golden Screen Cinemas, Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa
Filem ini mengisahkan tentang pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menjalankan misi bantuan bagi menyelamatkan Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di sebuah negara yang sedang bergolak, Namburi selepas kapal terbang yang dinaiki mereka ditembak oleh musuh.
Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa ini menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti:
- Aiman Hakim Ridza
- Datuk Adi Putra
- Nas-T
- Johan As’ari
- Scha Alyahya
- Sara Ali
- Luqman Hafidz
- Anas Ridzuan
- Jack Tan
- Iman Corinee
- Carmen Soo
- Pablo Amirul
Orang ramai bagi reaksi positif filem Air Force: The Movie
Walaupun baru empat hari ditayangkan, namun filem ini sudah mendapat ‘tempat’ di hati masyarakat tempatan.
Rata-rata mereka memberi reaksi positif terhadap filem berunsur ketenteraan ini.
Serious Air Force The Movie memang setaraf Hollywood. Tabik Malaysian!!! You make me proud#AirForceTheMovie
— Allen Peter (@allenpeter) August 28, 2022
Air Force the movie sumpah best ! 10/10 😍
— نور هميزه (@nur_hamizah98) August 28, 2022
Forgot to tweet yesterday but air force the movie is really good movie trust me u guys need to go watch it 10/10🤩🤩
— Jetsport⚡ (@AshmanHashim) August 28, 2022
Ramai juga yang bagi review cakap filem ini berbaloi untuk ditonton di pawagam. Apa lagi? Jom sokong filem tempatan!
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.