Now Reading
Konsert BLACKPINK Live In Malaysia Pada 4 Mac 2023. Excited!

Konsert BLACKPINK Live In Malaysia Pada 4 Mac 2023. Excited!

Konsert BLACKPINK World Tour (Born Pink) juga akan berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia pada 4 Mac 2023.

Konsert Blackpink di Malaysia 4 Mac 2023 (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Peminat kumpulan artis Korea terkenal iaitu BLACKPINK kini teruja selepas mereka mengumumkan bakal melancarkan konsert World Tour (Born Pink) di beberapa buah negara termasuklah di Kuala Lumpur, Malaysia.

Pengumuman itu dibuat menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram rasmi mereka (@blackpinkofficial) semalam (8 Ogos).

Menerusi hantaran tersebut, konsert BLACKPINK World Tour (Born Pink) yang pertama akan bermula di Seoul, Korea pada 15 dan 16 Oktober 2022 sebelum bergerak ke beberapa negara di Utara Amerika dan Eropah sehingga hujung tahun ini.

Konsert BLACKPINK di Kuala Lumpur, Malaysia pula dijadualkan berlangsung pada 4 Mac 2023.

Namun setakat ini, masih tiada maklumat berhubung pembelian tiket atau lokasi persembahan konsert itu dilakukan di Malaysia.

Selain Malaysia, beberapa negara lain yang turut terlibat dalam konsert BLACKPINK World Tour (Born Pink) ialah Indonesia, Singapura, Thailand, Hong Kong, Australia dan banyak lagi.

Kepada peminat BLACKPINK di Malaysia, apa tunggu lagi? Dah boleh kumpul duit siap-siap dari sekarang!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd