Now Reading
Filem ‘Imaginur’ Wakili Malaysia Ke Festival Filem Asia New York (NYAFF) 2022

Filem ‘Imaginur’ Wakili Malaysia Ke Festival Filem Asia New York (NYAFF) 2022

Lebih mengujakan lagi, filem ini akan ditayangkan buat pertama kali di Walter Reade Theater, Film at Lincoln Center, New York pada 23 Julai ini.

Imaginur (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebelum ini menerusi filem KIL, pengarah filem tempatan iaitu Nik Amir Mustapha telah berjaya meraih trofi Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-26.

Terbaharu, Nik Amir sekali lagi menempah kejayaan apabila filem arahannya berjudul Imaginur lakonan Diana Danielle serta Beto Kusyairy telah terpilih bersama lapan lagi calon di serata Asia dalam kategori Filem Cereka Terbaik di Festival Filem Asia New York (NYAFF) 2022 di New York, Amerika Syarikat yang bakal berlangsung pada 15 hingga 31 Julai ini.

Lebih mengujakan lagi, filem ini akan ditayangkan buat pertama kali di Walter Reade Theater, Film at Lincoln Center, New York pada 23 Julai ini.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) turut mengucapkan tahniah menerusi laman Twitter mereka (@FinasMy) atas kejayaan filem Imaginur dalam pencalonan tersebut di New York.

Menurut laporan Berita Harian, Nik Amir masih belum memutuskan tarikh yang sesuai untuk tayangan filem ini kepada masyarakat Malaysia.

Kami belum mempromosikan filem Imaginur di Malaysia dan masih mencari waktu yang sesuai untuk membuat hebahan tentang filem ini. Kesemuanya masih dalam perancangan lagi.

Pengarah filem Nik Amir Mustapha.

Orang ramai teruja filem tempatan dapat tempat di peringkat antarabangsa

Kejayaan filem Imaginur yang mendapat perhatian juri antarabangsa di NYAFF 2022 ini juga dipuji oleh orang ramai menerusi media sosial. Rata-rata masyarakat tempatan turut mengucapkan tahniah kepada Nik Amir dan pasukannya.

Ada juga yang tak sabar mahu menonton filem Imaginur ini apabila sudah ditayangkan di Malaysia.

Tiada dana mencukupi untuk bawa seluruh pasukan ke New York

Walau bagaimanapun, Nik Amir menjelaskan bahawa beliau dan pasukannya mungkin tidak dapat menyertai NYAFF 2022 kerana kekurangan bajet. Sehingga kini, mereka masih berusaha mengumpul dana bagi menghadiri festival yang menghimpunkan pelbagai filem di rantau Asia.

Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai kekangan dari segi prosedur ke Amerika Syarikat.

Selain masalah kewangan, kami perlu memohon visa daripada Kedutaan AS. Jadi, banyak prosedur perlu dibuat. Kami tidak pasti sama ada sempat atau tidak untuk berangkat ke Amerika Syarikat.

Pengarah filem Nik Amir Mustapha.

Tahniah buat Nik Amir dan pasukannya. Kami mendoakan supaya segala urusan Nik Amir serta pasukannya dipermudahkan dan dapat sama-sama hadir ke NYAFF 2022.

BACA JUGA: M’sian Thriller ‘Stone Turtle’ Selected To Compete At Swiss Film Festival, A First For Local Films


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd