Now Reading
BTS Umum Bakal Berpisah Buat Sementara Waktu Tetapi Bukan ‘Disband’

BTS Umum Bakal Berpisah Buat Sementara Waktu Tetapi Bukan ‘Disband’

Kumpulan BTS membuat pengumuman untuk berehat dalam satu tempoh yang belum ditetapkan dan bakal kembali semula suatu hari nanti.

BTS berehat untuk sementara waktu

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Antara kumpulan artis korea yang mempunyai ramai peminat dari seluruh pelusuk dunia adalah BTS.

Boleh dikatakan hampir kesemua peminat BTS terlalu obses dengan kumpulan artis tersebut sehingga ada yang sanggup menghabiskan duit mereka membeli merchandise BTS.

Sebelum ini McDonald’s pernah mengeluarkan set menu BTS Meal. Tak sampai sehari, ada sesetengah cawangan yang sudah kehabiskan hidangan tersebut.

BACA JUGA: Kolaborasi McDonald’s x BTS Ini Buat ARMY Tak Senang Duduk Nak Tunggu 26 Mei!


BTS bakal rehat untuk tempoh yang tidak diketahui

Baru-baru ini, para peminat BTS agak terkejut apabila kumpulan Korea ini membuat pengumuman bakal berehat buat sementara waktu selepas sembilan tahun berada dalam industri.

Kesemua ahli BTS akan membawa haluan masing-masing dan fokus kepada kerja solo bagi satu tempoh yang belum ditetapkan.

Sumber: Pinkvilla

Namun pengumuman ini tidak bermakna mereka akan berpisah secara tetap kerana bakal kembali bersatu suatu hari nanti.

Berita tersebut diumumkan ketika majlis makan malam tahunan FESTA bagi meraikan debut mereka pada tahun 2013.

Video pengumuman itu yang dimuat naik semalam (14 Jun) di akaun YouTube rasmi mereka (BANGTANTV) dan telah meraih lebih 12 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

Salah seorang ahli kumpulan BTS iaitu J-Hope juga berharap agar para peminat mereka tidak melihat keputusan ini sebagai satu perkara yang negatif.

Saya harap anda semua tidak kecewa dan menganggap keputusan kami untuk berehat ini sebagai sesuatu yang negatif. Percayalah, BTS akan kembali dengan lebih berbeza dan kuat dengan cara ini.

Ahli kumpulan BTS, J-Hope.

Buat peminat BTS di luar sana, jangan sedih-sedih okey? Mereka juga memerlukan rehat yang mencukupi selepas hampir 9 tahun dalam industri sehingga dikenali di seluruh dunia.

Mungkin ini yang terbaik untuk mereka?

BACA JUGA: BTS Pop-Up Store: Map Of The Soul Kini Dibuka Di One Utama!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd