Now Reading
“Ibu Nak Menangis Tapi Tahan Je” – Siti Nurhaliza Sebak Hantar Aafiyah Ke Tadika

“Ibu Nak Menangis Tapi Tahan Je” – Siti Nurhaliza Sebak Hantar Aafiyah Ke Tadika

Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa sebak apabila menghantar puteri sulungnya, Siti Aafiyah berusia empat tahun ke tadika pada hari pertama.

Siti Aafiyah masuk sekolah tadika

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Momen hari pertama hantar anak sulung ke sekolah memang cukup menyentuh hati para ibu bapa. Betul tak? Dalam fikiran waktu itu tak sangka yang anak kita sudah besar.

Kadang-kadang anak kita teruja nak jumpa kawan baru, tetapi kita pula yang rasa nak menangis dan susah untuk melepaskan mereka.

BACA JUGA: Ibu Bapa Garu Kepala Harga Yuran Taska Kini Melebihi RM1,000

Anak Siti Nurhaliza pun sudah masuk tadika

Pejam celik, anak sulung kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah atau juga dikenali sebagai Aafiyah kini sudah memasuki alam persekolahan pada usia empat tahun.

Menerusi laman Instagram milik Siti Nurhaliza (@ctdk), penyanyi berusia 43 tahun ini menceritakan keadaan di mana anak perempuannya itu tidur awal dan bangun bersiap pada hari keesokkannya untuk ke tadika buat pertama kali.

Punyalah semangat Aafiyah nak pergi ke tadika siap sempat bergambar lagi dengan ibu dan ayahnya dengan berbaju sekolah.

Sebak sehingga hampir mengalirkan air mata, Siti berkongsi detik di mana Aafiyah terlalu teruja ketika sampai di sekolah sehingga terlupa untuk bersalam dengan kedua ibu bapanya.

Sampai di depan pintu kelas, dia terus masuk tak tengok belakang dah. Ayah dan ibu yang panggil minta salam. Ibu nak nangis tapi tahan je.

Penyanyi tersohor Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Sebagai seorang ibu, pastinya Siti menitipkan doa agar puteri sulungnya itu dipermudahkan urusan apabila memasuki persekolahan.

Semoga Allah SWT memelihara anak ibu, Aafiyah dan menjadi hamba Allah yang diterangkan hati, mudah untuk menuntut ilmu tentang dunia dan akhirat serta memberi manfaat kepada insan lain.

Penyanyi tersohor Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Ramai juga yang doakan Aafiyah

Di ruangan komen hantaran yang dimuat naik itu, rakan artis serta netizen turut mendoakan agar urusan pembelajaran Aafiyah dipermudahkan.

Dalam pada masa sama, ramai juga yang meluahkan betapa cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru je Siti buatkan lagu berjudul Comel Pipi Merah untuk Aafiyah pada tahun 2018.

Tidak ketinggalan juga ada yang turut memahami perasaan sebak Siti apabila menghantar anaknya ke sekolah.


Alahai, penulis pun sebak tengok Aafiyah dah besar. Rasa macam baru je dapat khabar berita tentang Siti Nurhaliza bersalin anak pertama.

Nanti tiba-tiba anak kedua Siti pula yang masuk sekolah. Cepat betul masa berlalu ya.

BACA JUGA: [TERKINI] Datuk Seri Siti Nurhaliza Selamat Melahirkan Bayi Lelaki Pagi Ini


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd