Konsert LANY Live In Malaysia November Ini. Tiket Dijual Mulai 10 Jun!
Tiket konsert LANY yang bakal diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 6 November ini dijual serendah RM298.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Selepas hampir tiga tahun, kini peminat LANY kembali teruja apabila kumpulan ini mengumumkan bakal datang ke Malaysia dalam jelajah Asia termasuklah ke negara-negara lain seperti Singapura, Manila dan Indonesia.
Konsert LANY ini bakal berlangsung pada 6 November 2022 di Axiata Arena, Bukit Jalil selama satu hari bermula jam 8.30 malam dengan tema ‘A November To Remember’.
Harga tiket dijual bermula RM298
Untuk anda yang tertanya-tanya tentang harga tiket, ianya dijual dengan harga serendah RM298 (Kategori 3) sehingga RM1,008 (Diamond Club Experience). Namun, harga tersebut tidak termasuk caj servis.
Setiap individu pula hanya dihadkan untuk membeli maksimum sebanyak empat tiket sahaja.
Tarikh penjualan tiket
Pihak yang menguruskan konsert LANY di Malaysia iaitu Live Nation memaklumkan bahawa proses penjualan tiket dibahagikan seperti berikut:
- Live Nation Presale
- Penjualan ini yang bermula pada Rabu (9 Jun) jam 10 pagi khas untuk mereka yang mendaftar sebagai ahli Live Nation.
- General Onsale
- Dijual kepada orang ramai pada Khamis (10 Jun) pada jam 10 pagi.
Berikut pula adalah kedudukan pentas dan tempat duduk mengikut kategori tiket.
Untuk mengetahui maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Live Nation.
Sementara menunggu hari penjualan tiket, bolehlah dengar balik lagu-lagu LANY untuk ambil ‘mood’. Dari Pink Skies, Hericane dan Malibu Nights, memang semua lagu LANY kita layan!
Penulis sendiri pun tak sabar nak beli tiket konsert LANY minggu ni. OMG!
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.