Now Reading
Hyun Bin & Son Ye Jin Umum Bakal Berkahwin Mac Depan

Hyun Bin & Son Ye Jin Umum Bakal Berkahwin Mac Depan

Hyun Bin dan Son Ye Jin pernah berlakon dalam drama Korea terkenal Crash Landing On You.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kalau anda pernah tengok siri drama Korea terkenal ini iaitu ‘Crash Landing On You‘, mesti anda akan kenal pasangan Hyun Bin dan Son Ye Jin yang memainkan watak utama.

Baru-baru ini, bintang terkenal Hyun Bin mengeluarkan satu kenyataan melalui akaun Instagram milik agensinya VAST Entertainment bahawa dia bakal berkahwin dengan Son Ye Jin pada bulan Mac.

Dalam pada masa yang sama, Son Ye Jin juga berkongsi khabar berita itu melalui akaun Instagram miliknya.

Pasangan ini dikhabarkan menjalinkan hubungan cinta sejak Januari 2020 selepas tamat penggambaran drama terkenal Crash Landing On You.

Berdasarkan kenyaatan di media sosial, perkahwinan mereka bakal berlangsung di Seoul, Korea dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat berikutan wabak Covid-19.

Tahniah buat Hyun Bin dan Son Ye Jin! Tak sabar nak tengok gambar perkahwinan mereka. ❤️


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd