Now Reading
Astro Umum Tontonan Percuma Selepas Rangkul ‘Platinum’ Di Anugerah Putra Brand 2021

Astro Umum Tontonan Percuma Selepas Rangkul ‘Platinum’ Di Anugerah Putra Brand 2021

Menurut Astro, kesemua pelanggan Astro boleh menikmati tontonan komplimentari untuk semua saluran filem & Korea dari 29 Jan sehingga 6 Feb 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) memenangi Platinum pada malam Anugerah Putra Brand 2021.

Ini merupakan kemenangan sekali lagi Astro dalam kategori Rangkaian Media di anugerah berprestij itu yang berlangsung pada Jumaat (21 Januari).

Memetik laporan, kemenangan ini merupakan tahun ke-12 berturut-turut rakyat Malaysia memilih Astro sebagai jenama media terkemuka.

Syabas, Astro Malaysia!

Sumber: Astro

Kemenangan ini juga adalah sebagai pengiktirafan atas kejayaan Astro dalam menyampaikan kandungan berkualiti meliputi pelbagai sudut termasuk pendidikan dan hiburan yang memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia.

Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Kumpulan Astro, Tammy Toh mewakili Astro untuk menerima Platinum pada Anugerah Putra Brand 2021.
(Sumber: Astro)

Tahun ini, ia lebih istimewa bagi kami kerana kami menerima bukan satu tetapi empat anugerah – Platinum untuk Astro, Perak untuk Go Shop dan dua Perak untuk radio, ERA dan HITZ. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan dan pendengar kami atas sokongan anda.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan.

Tontonan PERCUMA daripada Astro.

Justeru, Herny turut memberikan ‘hint’ pada ketika itu untuk orang ramai menunggu pengumuman yang bakal dilakukan di mana pihak Astro akan memberikan tontonan percuma atas undian yang diberikan kepada mereka sebagai jenama media pilihan.

Terima kasih, Malaysia!

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan.

Setiap pelanggan Astro layak menikmati tontonan komplimentari untuk kesemua saluran filem dan drama Korea bermula dari 29 Januari sehingga 6 Februari 2022.

Antara saluran yang diberikan tontonan PERCUMA adalah:

  • Astro Box Office
  • HBO
  • HBO Family
  • HBO Hits
  • Cinemax
  • SHOWCASE Movies
  • Astro Citra
  • TVN dan banyak lagi.

Memang melekat depan TV tengok K-Drama je lah jawabnya!

Terima kasih, Astro!


Untuk rekod – Anugerah Putra Brand ialah inisiatif Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) untuk mengiktiraf jenama yang paling dekat di hati rakyat Malaysia dengan penilaian berdasarkan pilihan pengguna.

Anugerah ini telah mula dilancarkan pada tahun 2010.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd