Ellie Suriaty Akhirnya Ambil Vaksin Demi Patuh Pada Suami
Ellie Suriaty sudah lengkap mengambil vaksin Sinovac pada November tahun lalu.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Walaupun terdapat beberapa sekatan yang dilakukan kepada individu yang enggan mengambil vaksin, golongan ini masih berdegil dengan peratusan sebanyak 20.3% masih belum divaksinasi.
Namun, ada juga segelintir daripada golongan ini yang sudah terbuka minda untuk mengambil suntikan tersebut demi menjaga kesihatan diri dan keluarga.
Antaranya ialah pelakon, Ellie Suriaty.

Ellie atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar memaklumkan dia sudah lengkap mengambil dua dos vaksin pada hujung November tahun lalu.
Sebelum ini dia didakwa sebagai golongan ‘anti-vaksin’ kerana lantang menolak suntikan tersebut atas faktor kesihatan dan keselamatan.

Namun selepas dua tahun, akhirnya dia terpaksa mengambil dos tersebut demi mematuhi arahan suaminya, Azri Iskandar.
Saya ambil vaksin sebab suami saya. Dia sudah bagi saya masa hampir dua tahun untuk saya luahkan tentang vaksin Covid-19. Azri memang hormat pendirian saya tetapi sudah sampai masa untuk saya ikut cakap suami.
Ellie Suriaty Omar.
Pada mulanya, Ellie agak berkeras untuk tidak mahu mengambil vaksin tetapi dia sangat menghormati suaminya.
Sejujurnya, memang berperanglah sekejap dalam diri cakap ‘taknak vaksin’ tapi dia suami saya dan saya perlu menghormatinya. Apapun yang berlaku kepada diri saya dan anak-anak, dia yang kena tanggung.
Ellie Suriaty Omar.
Saya bukan anti-vaksin
Ellie menafikan dakwaan bahawa dia adalah seorang anti-vaksin seperti yang dihebohkan oleh sesetengah pihak.
Menurutnya, dia hanya mempersoalkan tentang keberkesanan suntikan berkenaan kerana dos tersebut dibuat dalam keadaan terburu-buru.
Kalau saya anti-vaksin, dari dulu saya tak ambil sebarang suntikan. Cuma, apa yang saya persoalkan tentang vaksin Covid-19 ini adalah keberkesanannya kerana dibuat secara terburu-buru.
Ellie Suriaty Omar.
Ellie juga memaklumkan bahawa dia mengambil suntikan Sinovac kerana ingin mengikut jejak langkah Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Saya ambil Sinovac sebab Khairy Jamaluddin kan ambil Sinovac. Kita ikutlah Menteri Kesihatan.
Ellie Suriaty Omar.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.