M. Nasir Positif Covid-19
Datuk M. Nasir mahupun isterinya, Datin Marlia Musa bagaimanapun tidak berkongsi mengenai hal ini di laman sosial mereka.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Penyanyi dan komposer tersohor, Datuk M Nasir telah disahkan positif Covid-19. Berita tersebut disahkan disahkan oleh isterinya, Datin Marlia Musa.
Memetik laporan Berita Harian, ketika dihubungi Datin Marlia menjelaskan bahawa suaminya kini sedang berehat dan menjalani proses kuarantin di rumah.

M. Nasir dilaporkan dijangkiti virus berkenaan selepas menjalani ujian sebanyak dua kali.
Susulan itu, Marlia dan anaknya, Suci Musalmah turut melakukan ujian dan keputusan diperoleh, negatif.
Kami selalu buat kit ujian kendiri di rumah. Suami melakukan ujian kerana secara kebetulan, sepatutnya berada program di Pesta Buku Selangor, semalam. Ujiannya positif. Kami terus buat ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dan keputusannya pagi ini turut positif. Bagaimanapun, saya, anak dan pembantu rumah bebas wabak. Namun, kami tetap menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat suami.
Datin Marlia ketika dihubungi oleh Berita Harian.

(Kredit: Instagram/Marlia Musa)
Marlia bagaimanapun menjelaskan tidak mengetahui dari mana virus itu boleh menjangkiti suaminya. Dia turut meminta orang ramai supaya mendoakan kesembuhan buat M. Nasir.
Insya-Allah, doakan kesembuhan suami dengan segera.
Datin Marlia ketika dihubungi oleh Berita Harian.
Kami di TRP mendoakan kesembuhan segera buat Datuk M. Nasir. Semoga sentiasa berada di bawah perlindungan Allah SWT. Amin.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.



