Now Reading
Hans Isaac Umum Undur Diri Dari Dunia Lakonan Selepas 25 Tahun

Hans Isaac Umum Undur Diri Dari Dunia Lakonan Selepas 25 Tahun

Hans juga meluahkan dia tidak mahu mati sebagai pelakon atau nyawa berakhir dengan gelaran ‘pelakon’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Setelah bergelar aktor terkenal tanah air selama suku abad, penerbit dan pengarah terkenal iaitu Datuk Hans Isaac, 50 mengucapkan selamat tinggal kepada dunia lakonan.

Hans Isaac atau nama sebenar Gerald Hans Isaac menjelaskan fokusnya selepas ini akan lebih kepada membantu orang ramai termasuk penggiat seni melalui bidang perniagaan.

Selepas 25 tahun dalam bidang ini, rasanya sudah tiba masanya untuk saya bersara. Saya sudah tidak mahu lagi berlakon drama atau filem. Syarikat produksi, Tall Order Productions sudah dijual. Saya sekarang hanya bertindak sebagai perunding. Sepanjang tempoh itu, saya sudah melalui pelbagai pengalaman. Menang anugerah terbaik dan popular serta jatuh bangun dalam industri. Semua itu sudah saya lalui.

Datuk Hans Isaac kepada Berita Harian.

Tak nak mati sebagai ‘pelakon’

Kredit: Astro Awani

Hans juga meluahkan dia tidak mahu mati sebagai pelakon atau nyawa berakhir dengan gelaran ‘pelakon’.

“Takkan saya hendak berlakon sampai mati,” jelas Hans.

Risau jika kenyataannya itu disalah erti, Hans tampil perjelas bahawa tiada salahnya untuk sesiapa bergelar pelakon hingga ke akhir hayat – dia turut menghormati mereka yang berpendirian sebegitu.

Saya cuma mahu meninggalkan legasi sebagai individu yang mampu memberi manfaat kepada industri hiburan yang saya ceburi dan kepada orang ramai.

Datuk Hans Isaac kepada Berita Harian.

Memetik laporan, walaupun nekad mengundurkan diri dari dunia hiburan, ini tidak bermakna Hans akan melupakan bidang seni.

Saya akan terus sokong industri seni. Mungkin sekali sekala naik pentas bersama rakan baik seperti Datuk Awie dan Datuk Afdlin Shauki untuk ketawa, beriadah dan berseronok.

Datuk Hans Isaac kepada Berita Harian.

Hans juga turut mengumumkan berita ini menerusi hantaran Instagram pada 7 Disember lalu.

Semuanya bermula apabila Datin Paduka Shuhaimi Baba memberi peluang kepada saya melakonkan watak dalam filem Ringgit Kasorrga pada tahun 1994. 30 daripadanya filem cereka, sejumlah besar drama dan rancangan TV kemudiannya, diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, Lakon Layar dan memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik bagi Buli Balik bersama Afdlin Shauki untuk dilakonkan di Filipina (Miss You Like Crazy) ke filem Singapore City Sharks, dan kini sudah tiba masanya untuk mengundurkan diri.

Datuk Hans Isaac menerusi hantaran Instagram.

Mengulas perkara sama, Hans juga menjelaskan bahawa berlakon bukanlah minatnya, tetapi dia belajar untuk mencintai dan menikmati proses itu serta bertuah kerana dapat bekerja bersama yang terbaik dalam industri.

Kami di TRP mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Hans Isaac kerana pernah menghiburkan kami semua dengan lakonan yang begitu bersemangat dan menjiwai setiap watak yang diberikan.

All the best, Datuk Hans Isaac! #lejen


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd