Now Reading
Kamal Adli & Uqasha Senrose Sah Bernikah Pada 5 November

Kamal Adli & Uqasha Senrose Sah Bernikah Pada 5 November

Kamal Adli selamat bergelar suami kepada Uqasha Senrose dengan dua kali lafaz dalam sebuah majlis tertutup.

Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sejak kebelakangan ini, ramai artis yang mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan mereka. Antaranya Haqiem Rusli, Zee Avi, Caprice dan Yonnyboii.

BACA JUGA: Yonnyboii Selamat Menikah Dengan Pilihan Hati. Tahniah!

Penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin juga sebelum ini mengumumkan perkahwinannya bersama sahabat baik arwah Johan.

Antara artis lain yang turut sah bergelar suami dan isteri adalah pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose.

Kamal dan Uqasha sudah bernikah pada 5 November

Menurut laporan media tempatan, Kamal Adli atau nama sebenar Ahmad Kamal Ahmad Adli yang berusia 35 tahun telah selamat bergelar suami kepada Uqasha Senrose dengan dua kali lafaz.

Majlis pernikahan mereka berdua sebenarnya sudah berlangsung pada 5 November lalu dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan kawan-kawan rapat.

Majlis yang bermula seawal 7.30 pagi itu dihadiri oleh 100 orang tetamu termasuklah Datin Nina Juren dan Michael Ang.

Uqasha atau nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen yang berumur 29 tahun dilihat cantik mengenakan persalinan daripada pereka Shanell Harun.

Kredit: Instagram Astro Gempak

Uqasha menerima tujuh dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak Kamal serta wang tunai RM22.50 sebagai mas kahwin.


Tahniah Kamal Adli dan Uqasha Senrose!

Rasa macam baru je tengok Kamal Adli melamar Uqasha waktu siaran langsung Anugerah MeleTOP Era 2020.

Semoga perkahwinan Kamal Adli dan Uqasha Senrose bahagia hingga ke anak cucu.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

twelve − 11 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd