Yonnyboii Selamat Menikah Dengan Pilihan Hati. Tahniah!
Yonnyboii dan Nik Nazira telah selamat bernikah di Duchess Place, Ampang pada 20 November 2021.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Sejak kebelakangan ini, ramai artis yang mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan mereka. Antaranya Haqiem Rusli, Zee Avi, Caprice, dan Fizo Omar.
BACA JUGA: Zee Avi Nikah Dengan Jejaka Jepun
Antara artis lain yang turut sah bergelar suami dan isteri adalah seorang penyanyi rap tempatan iaitu Yonnyboii atau nama sebenar Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin.
Yonnyboi dan Nik Nazira sudah bernikah pada 20 November
Yonnyboi sebelum ini telah mengikat tali pertunangan bersama gadis pilihan Nik Nazira Nariman pada 9 Oktober dan merancang untuk bernikah pada 22 Januari 2022.
Walau bagaimanapun, pernikahan mereka telah dipercepatkan pada 20 November 2021 yang lalu. Laporan media mengesahkan mereka berdua selamat bernikah di Duchess Place, Ampang.

Hanya buat majlis untuk 20 orang ahli keluarga sahaja
Pernikahan mereka dipercepatkan atas permintaan keluarga kerana risau jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan semula.
Majlis pernikahan mereka hanya disertai oleh 20 orang ahli keluarga terdekat daripada kedua-dua belah pihak.
Tiada niat untuk merahsiakan pernikahan ini. Cuma kami ingin menjaga hati keluarga yang mana jumlah tetamu terpaksa dihadkan. Oleh itu, kami memilih untuk tidak terlalu menghebahkannya.
Yonnyboii menerusi Harian Metro.
Keputusan untuk bernikah pada 20 November sebenarnya dibuat tiga hari sebelum tarikh tersebut.
Segala persiapan untuk bernikah dipermudahkan dan selesai dalam tempoh satu hari sahaja. Baju nikah kami pun berjaya disiapkan sehari sebelumnya.
Yonnyboii menerusi Harian Metro.
Bagi mengelakkan finah, ibu kepada Yonnyboii meminta mereka untuk memuat naik gambar bagi menghebohkan tentang perkahwinan tersebut.
Alhamdulillah, Yonnyboii dan Nik Nazira dah selamat bergelar suami dan isteri. Kami doakan semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.