Zee Avi Nikah Dengan Jejaka Jepun
Zee Avi pada mulanya dilihat telah memuat naik beberapa Instagram Stories seolah-olah menunjukkan bahawa dia akan memberitahu sesuatu sebelum menunjukkan jari manis yang telah disarung cincin.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Izyan Alirahman atau Zee Avi, 36, telah selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya semalam, 22 November 2021.
Pasangannya yang dikenali sebagai Kenji Matano merupakan jejaka kelahiran Jepun.
Mereka berdua telah selamat diijabkabulkan di sebuah surau di Ampang.
Sebelum Zee Avi mengumumkan tentang pernikahannya, dia dilihat telah memuat naik beberapa Instagram Stories seolah-olah menunjukkan bahawa dia akan memberitahu sesuatu.
Ingatkan lagu baru, rupanya menikah. 🙂
Alhamdulillah.
“Today is the day”, tulis Zee Avi dalam salah satu Instagram Stories.
Saya mencari lelaki yang unik. Lebih penting, kami sekepala dan dan dia mesti faham kerjaya saya sebagai anak seni. Apa pun, saya tertarik dengan jejaka yang boleh terima makanan kegemaran saya iaitu ulam.
Jelas Zee Avi kepada MStar.
Tahniah, Zee Avi dan Kenji Matano!
Kita tunggu pengumuman rasmi dari Zee Avi tidak lama lagi mengenai pernikahan ini.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.

