Now Reading
[Video] Lakonan Beto Kusyairy Guna Api Sebenar Dipuji Ramai

[Video] Lakonan Beto Kusyairy Guna Api Sebenar Dipuji Ramai

Nabila Huda pun puji lakonan Beto Kusyairy menggunakan api sebenar. Bukan semua pelakon berbakat macam ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kalau tengok drama atau filem zaman sekarang ni, mesti kebanyakannya adalah artis baru kan?

Boleh dikatakan sudah jarang kita tengok pelakon-pelakon lama seperti Datin Lisa Surihani, Datuk Afdlin Shauki, Maya Karin dan sebagainya.

Mana tidaknya, pengarah filem kini lebih gemar memilih ‘instafamous’ sebagai pelakon untuk menarik minat penonton dan menaikkan jumlah tontonan.

Sebelum ini, seorang artis lelaki bengang selepas ada penerbit filem dikatakan hanya mengambil pelakon yang mempunyai lebih satu juta pengikut di media sosial.

Ramai pengikut tak semestinya seseorang itu ada bakat berlakon.

Nabila Huda puji lakonan mantap Beto Kusyairy

Baru-baru ini, seorang pelakon wanita iaitu Nabila Huda memuat naik satu video di laman Twitter miliknya menunjukkan lakonan Beto Kusyairy menggunakan api.

Lakonan tersebut dipuji oleh Nabila Huda dan mempersoalkan jumlah pengikut satu juta yang katanya diperlukan oleh seorang aktor.

Dalam video tersebut, Beto dilihat tenang berlakon selepas kru produksi meletakkan api pada tubuh badannya.

Api tersebut kemudiannya dipadam oleh kru menggunakan sehelai kain.

AMARAN: Jangan tiru aksi ini di rumah.

Ramai yang minat lakonan Beto Kusyairy

Hasil tinjauan kami mendapati bahawa ramai rupanya yang meminati lakonan Beto Kusyairy.

Katanya, Beto ni bukan calang-calang pelakon. Bagilah apa watak sekalipun, mesti menjadi.

Kredit: Twitter @abilsuhaimi
Kredit: Twitter @abilsuhaimi

Bukan itu sahaja, Beto juga dilihat sempat membalas pertanyaan salah seorang pengguna Twitter yang bertanya mengenai keadaan rambutnya selepas terkena api.

Kredit: Twitter @abilsuhaimi

Beto Kusyairy ni kalau dapat watak baik ke jahat ke, memang menjiwai sungguh.

Pelakon lejen kot. Mestilah power kan?


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd