Now Reading
BLACKPINK Tak Akan Terima Hadiah Dari Peminat Lagi

BLACKPINK Tak Akan Terima Hadiah Dari Peminat Lagi

Kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh agensi kumpulan BLACKPINK iaitu YG Entertainment pada 12 Oktober.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


YG Entertainment merangkap agensi kepada kumpulan BLACKPINK baru-baru mengumumkan bahawa kumpulan tersebut tidak akan lagi menerima sebarang hadiah daripada peminat.

Malah, hanya surat sahaja dibenarkan.

Notis berkenaan diberikan kepada orang ramai melalui laman rasmi YG Entertainment pada 12 Oktober 2021.

Menurut laporan, keputusan itu juga dibuat sebagai respon berikutan kumpulan superstar itu dikatakan menerima terlalu banyak ucapan tahniah susulan sambutan ulang tahun ke-5 mereka.

Hello, saya adalah pengurus sokongan. Kami ingin membuat pengumuman mengenai FAN SUPPORT yang terus menyokong BLACKPINK. Tahun ini, disebabkan kami menerima ucapan tahniah yang terlalu banyak untuk ulang tahun ke-5 mereka, kami membuat keputusan untuk pengumuman yang sukar mengenai sokongan dan hadiah dari peminat selepas berbincang dengan ahli kumpulan BLACKPINK untuk masa yang lama.

Kenyataan oleh Agensi BLACKPINK, YG Entertainment.
BLACKPINK

Tukar hadiah dengan sokongan

Dalam kenyataan tersebut, YG Entertainment turut menjelaskan bahawa pihak mereka dengan penuh rasa hormat akan mula menolak hadiah yang dihantar dengan penuh kasih sayang dari peminat BLACKPINK.

Malah, mereka turut mengatakan adalah lebih baik jika peminat memberikan hadiah tersebut kepada golongan yang lebih memerlukan.

Terbaiklah, BLACKPINK.

BLINK bangga

Susulan pengumuman itu, warganet di Twitter dilihat riuh memuji tindakan BLACKPINK yang disifatkan sebagai bermurah hati.

#BLINKFORLIFE


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd