Now Reading
K-Drama ‘It’s Okay To Not Be Okay’ Dicalonkan Untuk International Emmy Award

K-Drama ‘It’s Okay To Not Be Okay’ Dicalonkan Untuk International Emmy Award

Pemenang akan diumumkan pada Majlis International Emmy Award yang ke-49 pada 22 November 2021.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Berita baik buat mereka yang menggemari K-drama!

Untuk pengetahun korang, drama It’s Okay To Not Be Okay baru sahaja dicalonkan untuk International Emmy Award.

Pemenang akan diumumkan pada Majlis International Emmy Award yang ke-49 pada 22 November 2021.

Kredit: The Singapore Women’s Weekly

Drama Korea 2020 itu telah mendapat pencalonan di bawah kategori ‘TV Movie atau Mini-Series’, seperti yang diumumkan semalam (23 September) oleh International Academy of Television Arts & Sciences.

Pencalonan untuk anugerah tahun ini akan menyaksikan 44 calon dalam 11 kategori dari 24 negara.

It’s Okay To Not Be Okay yang dibintangi oleh Kim Soo-hyun, Seo Ye-ji, dan Oh Jung-se, mendapat pencalonan bersama dengan rancangan survival Mnet, I-Land – yang dicalonkan untuk kategori ‘Hiburan Tanpa Skrip’.

#ItsOkayToNotBeOkay trending di Twitter

Sejak pengumuman tersebut dibuat, pastinya perkara itu berjaya meraih perhatian warganet yang juga peminat tegar drama ini.

Termasuk, kami di TRP!

Kami harap drama ini akan menang untuk pencalonan tersebut sebab… GANG TAE SANG TAE! <3


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

4 × one =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd