Now Reading
GSC & TGV Beri Tarikh Buka Semula Cawangan. Excited!

GSC & TGV Beri Tarikh Buka Semula Cawangan. Excited!

Namun, perlu diingatkan hanya individu yang telah lengkap dua dos vaksin Covid-19 dibenarkan memasuki premis hiburan itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Tipulah kalau tak excited.

Rakyat Malaysia dilihat benar-benar tidak sabar menunggu berita pembukaan semula pawagam.

Oleh itu, dua operator pawagam terbesar di Malaysia iaitu Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV akhirnya mengumumkan tarikh pembukaan semula premis hiburan itu kepada individu yang lengkap divaksin.

Pihak GSC melalui hantaran di laman Instagram semalam telah mengumumkan bahawa 17 cawangannya serta Aurum Cinemas di Lembah Klang, wilayah Utara dan Selatan akan dibuka pada Khamis ini sempena sambutan Hari Malaysia.

Manakala lebih banyak cawangan lain akan dibuka semula pada minggu berikutnya iaitu 23 September 2021.

Yay?!

TGV dibuka semula pada 23 September

Pengurus Besar Bahagian Jualan dan Pemasaran TGV Cinema, Mohit Bhargava mengesahkan pembukaan semula pawagam milik syarikat itu dan mengalu-alukan kedatangan penonton yang telah lengkap divaksin ke premis hiburan tersebut mulai 23 September.

Menurut laporan Sinar Harian, kenyataan itu menyebut keputusan dibuat selepas berunding dengan studio untuk mendapatkan kelulusan badan penapis tempatan bagi filem mereka.

Selain itu, fokus utama kami ialah keselamatan dan sekuriti semua kakitangan serta pelanggan dan bagi memastikan pembukaan semula pawagam kami mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP), TGV kini mengambil setiap langkah pencegahan yang perlu dan tidak akan tergesa-gesa membuka semula premis hiburan tersebut.

Pengurus Besar Bahagian Jualan dan Pemasaran TGV Cinema, Mohit Bhargava melalui Sinar Harian.

Untuk rekod, pawagam di negeri di bawah Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara telah dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 50% bermula 9 September 2021.

Namun, perlu diingatkan hanya individu yang telah lengkap dua dos vaksin Covid-19 dibenarkan memasuki premis hiburan itu.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd