Now Reading
Disney+ Hotstar Akhirnya Sampai Malaysia Bermula 1 Jun, Kos Subskripsi RM54.90 Untuk 3 Bulan!

Disney+ Hotstar Akhirnya Sampai Malaysia Bermula 1 Jun, Kos Subskripsi RM54.90 Untuk 3 Bulan!

Platform penstriman ini boleh dilanggan sekali dalam pakej Movie Pack Astro kerana Disney juga bakal bekerjasama dengan Astro untuk meluaskan langganan penstriman ini.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Disney hari ini telah membuat pengumuman bakal melancarkan perkhidmatan langganan penstriman video Disney+ Hotstar khusus untuk hiburan di Malaysia bermula 1 Jun 2021!

Pelbagai kandungan Disney terbaru dan klasik bakal disajikan

Platform penstriman terbaharu ini akan menawarkan rancangan hiburan yang menarik merangkumi 800 tayangan filem termasuk filem tempatan dan antarabangsa.

Anda juga berpeluang menonton filem-filem terbaik Disney seperti Frozen, Mulan, Moana, Soul, dan filem-filem mereka yang akan datang seperti Luca.

Siri seperti The Mandalorian, The Falcon and the Winter Soldier, dan WandaVision juga akan ditayangkan, serta semua rancangan yang akan datang seperti: what if, Ms Marvel, LOKI, dan juga Clone Force 99.

Kalau rasa tak cukup, mereka juga akan menyajikan konten ‘non-Disney’ seperti The Walking Dead, How I Met Your Mother, Grey’s Anatomy, filem-filem Alien, The Simpsons, filem-filem War on the Planet of the Apes, dan banyak lagi!

Ada juga pilihan kegemaran rakyat Malaysia!

Konten-konten pilihan kegemaran Malaysia pun ada juga!

Bukan sahaja konten Disney Malaysia seperti Wizards of Warna Walk, malah akan ada lebih 800 filem dan siri pilihan Malaysia termasuk Ejen Ali: The Movie, Upin & Ipin, J2: J Retribusi, KL Gangster, dan sejumlah filem dari pengarah terkenal Malaysia, Yasmin Ahmad.

Tambahan pula, mereka juga akan menayangkan filem Cina, Melayu, Hindu, dan Tamil yang popular. Dan jangan risau – kategori kandungan keluarga yang sesuai buat kanak-kanak pun ada!

Langgan hanya dengan RM20 sebulan je!

Langganan Disney + hotstar ini dengan harga RM54.90 selama tiga bulan jika anda melanggan terus dari aplikasi, yang berharga lebih kurang RM18.30 sebulan!

Pakej ini akan membolehkan anda menonton kandungannya pada dua skrin serentak.

Sekiranya anda sudah mempunyai Astro, akan ada pakej bundle tambahan yang tersedia melalui Astro, rakan streaming rasmi mereka.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd