Shell Café Lancar Barista Cup Malaysia 2026 Di Urbanscapes, Ketengahkan Bakat Barista Tempatan
Berlangsung dari 31 Oktober hingga 15 November, Urbanscapes menghimpunkan komuniti seni, muzik, makanan dan kreatif di seluruh bandar menerusi platform Made Different.
- Shell Café melancarkan pertandingan sulung Shell Café Barista Cup Malaysia 2026, menghimpunkan 10 barista dari seluruh Malaysia.
- Muhammad Al Syamil Muhammad Nasir dinobatkan juara pertama, dengan pertandingan dinilai oleh juara barista bertaraf kebangsaan.
- Shell Café turut bekerjasama dengan artis tempatan menghasilkan empat rekaan cawan edisi terhad berinspirasikan Kuala Lumpur.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Shell Café telah melancarkan pertandingan sulung Shell Café Barista Cup Malaysia 2026 bersama agensi kreatif utamanya, GrowthOps.
Menerusi kerjasama dengan Urbanscapes 2026, inisiatif ini memberi peluang untuk mengetengahkan individu, kemahiran dan kreativiti di sebalik pengalaman menikmati kopi harian Shell Café kepada khalayak yang lebih luas di Malaysia.

10 Barista Shell Café Berentap Merebut Gelaran Juara
Berlangsung pada hujung minggu pembukaan Urbanscapes di Bangunan Sultan Abdul Samad, pertandingan ini menghimpunkan 10 orang barista Shell Café dari seluruh Malaysia bagi menguji kemahiran penyediaan kopi, kreativiti serta kepakaran teknikal mereka.

Selepas melalui beberapa siri cabaran, Muhammad Al Syamil Muhammad Nasir telah dinobatkan sebagai juara sulung Shell Café Barista Cup Malaysia.
Muhammad Haziq Mohd Yusoff pula meraih tempat kedua, manakala Nurul Salfika Mohd Abijurini menduduki tempat ketiga.
Shell Café Perkukuh Penglibatan Sebagai Rakan Kopi Rasmi Urbanscapes 2026
Pertandingan Barista Cup merupakan sebahagian daripada penglibatan Shell Café sebagai Rakan Kopi Rasmi Urbanscapes 2026, yang kembali ke Kuala Lumpur pada tahun ini selepas tujuh tahun tidak dianjurkan.
Berlangsung dari 31 Oktober hingga 15 November, Urbanscapes menghimpunkan komuniti seni, muzik, makanan dan kreatif di seluruh bandar menerusi platform Made Different.


Bagi Shell Café, kerjasama ini membuka peluang untuk membawa jenama tersebut melangkaui peranannya sebagai persinggahan mudah untuk menikmati kopi, di samping mengetengahkan kemahiran, latihan dan individu yang menjadi tunjang kepada setiap produk yang dihasilkan.
Pertandingan ini menguji keupayaan para barista dalam pelbagai disiplin, merangkumi penyediaan espresso hinggalah penciptaan minuman istimewa hasil kreativiti mereka sendiri.
Hasil kerja para peserta dinilai oleh Jason Loo, juara Barista Malaysia sebanyak empat kali, dan Shaun Liew, juara Malaysia Brewers Cup sebanyak dua kali, bersama wakil daripada Shell Malaysia.

“Apabila orang ramai memikirkan tentang Shell Café, mereka sering mengaitkannya dengan kopi yang dibeli dalam perjalanan ke tempat kerja atau ketika singgah sebentar di stesen kami.
“Namun, di sebalik setiap cawan kopi, terdapat barista yang sentiasa berbangga dengan hasil kerja mereka.
“Dengan membantu barista kami mengembangkan potensi diri, kami turut memperkukuh pengalaman yang kami tawarkan kepada pelanggan setiap hari,” kata Zairi Dzuljastri, Pengurus Besar, Shell Mobility & Convenience, Malaysia.
Kolaborasi Artis Tempatan Hasilkan Empat Reka Bentuk Cawan Edisi Terhad

Pertandingan ini merupakan sebahagian daripada penglibatan lebih menyeluruh Shell Café di Urbanscapes.
Jenama ini turut bekerjasama dengan artis Malaysia, ThatDania dan Graphnin, untuk menghasilkan empat rekaan cawan edisi terhad yang diinspirasikan oleh Kuala Lumpur, sekali gus menjadikan cawan kopi harian sebagai kanvas untuk mengetengahkan kreativiti tempatan.
Trak Kopi Shell Café Meriahkan Pengalaman Festival di Tiga Lokasi
Shell Café turut membawa trak kopi bergeraknya ke beberapa lokasi festival bagi menyajikan kopi buatan tangan dan pastri, selain menawarkan barangan eksklusif festival serta cawan edisi terhad.
Selepas hujung minggu pembukaan di Bangunan Sultan Abdul Samad, pengalaman ini akan diteruskan di APW Bangsar pada 7 November, sebelum beralih ke TRX Market Lane pada 14 dan 15 November.
“Kopi merupakan salah satu kategori yang secara semula jadi menyatukan produk, individu dan budaya,” kata Chris Greenough, Pengurus Besar, GrowthOps Asia.
“Peluang yang ingin kami manfaatkan adalah untuk membawa Shell Café melangkaui konteks persinggahan singkat, dengan mengetengahkan kemahiran serta individu di sebalik jenama ini kepada khalayak yang menghargai kopi, reka bentuk dan kreativiti tempatan.
“Barista Cup menyediakan pentas untuk para barista ini menyerlahkan bakat mereka, manakala Urbanscapes pula memberikan platform yang relevan dan berwibawa kepada jenama untuk menjadi sebahagian daripada budaya, dan bukannya sekadar mengiklankan produk di sekitarnya.”
GrowthOps Asia Terajui Strategi Kreatif & Pelaksanaan Kempen
GrowthOps Asia menerajui kerjasama bersepadu ini sebagai agensi kreatif utama, dengan mencetuskan konsep Urbanscapes serta mengawasi hala tuju kreatif, reka bentuk barangan eksklusif, pengurusan projek, aktivasi KOL dan media sosial.
Rakan kerjasama lain yang turut terlibat termasuk Edelman bagi perhubungan awam (PR), Skinny Fat Kids bagi aktivasi dan InvictusBlue bagi media.
Urbanscapes merupakan platform kreatif yang paling lama bertapak di Malaysia, menghimpunkan artis, penggiat kreatif dan komuniti sejak tahun 2002.
Edisi 2026 memberi tumpuan kepada penghasilan karya kreatif tempatan melalui pelbagai komisen serta penciptaan pengalaman bersama yang merangkumi muzik, seni, reka bentuk, makanan dan budaya.
Bagi Shell Café, pertandingan Barista Cup dan kerjasama bersama Urbanscapes membawa semua idea ini kembali kepada produk itu sendiri: meraikan individu yang menyediakan kopi, memberikan ruang kepada kreativiti rakyat Malaysia untuk diketengahkan melalui rekaan cawan, serta mewujudkan lebih banyak sebab untuk pengguna menikmati pengalaman bersama jenama ini, melangkaui kunjungan ke stesen minyak.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.