Now Reading
TUMI Lancar Koleksi Hadiah Musim Perayaan 2026, Ini Pilihan Beg & Aksesori Menarik

TUMI Lancar Koleksi Hadiah Musim Perayaan 2026, Ini Pilihan Beg & Aksesori Menarik

TUMI memperkenalkan koleksi hadiah musim perayaan 2026 menerusi Gifts for the Journey, menampilkan beg ikonik, aksesori eksklusif dan pilihan hadiah menarik.

In Brief
  • TUMI memperkenalkan koleksi hadiah "Gifts for the Journey" yang menggabungkan rekaan premium, pertukangan teliti dan fungsi praktikal untuk setiap perjalanan.
  • Program TUMI Accent membolehkan pelanggan memperibadikan hadiah dengan lebih 20 pilihan tampalan monogram dan tag bagasi berwarna-warni.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menerusi kempen terbaharu iaitu “Gifts for the Journey“, TUMI memperkenalkan koleksi hadiah istimewa yang mengetengahkan gabungan rekaan premium, hasil pertukangan teliti dan fungsi praktikal untuk melengkapi setiap perjalanan.

Dilancarkan pada 26 Oktober 2026 di Kuala Lumpur, koleksi ini mendapat inspirasi daripada keindahan pergunungan Alps menerusi koleksi Musim Luruh/Musim Sejuk 2026 TUMI.

Berlatarbelakangkan puncak gunung yang dilitupi salji, kempen ini turut mengetengahkan rangkaian produk popular serta aksesori berinspirasikan gaya hidup après-ski.

Lebih daripada sekadar destinasi, TUMI mahu mengingatkan bahawa setiap perjalanan turut bermakna kerana insan yang menemani kita sepanjang perjalanan tersebut.

Foto: TUMI FW26

Koleksi 19 Degree Terus Jadi Pilihan Ikonik

19 Degree Expandable Carry-On, Large Expandable Checked dalam warna Salt; Journey Small Shoulder Bag dalam warna Salt Faux Fur; 19 Degree Aluminum Large Carry-On dalam warna Silver.

Bagi mereka yang gemarkan gaya moden dan praktikal, koleksi 19 Degree pastinya antara pilihan yang menarik perhatian.

Foto: TUMI FW26

Koleksi ikonik ini hadir dalam beberapa rangkaian termasuk 19 Degree Aluminum, 19 Degree Front Access, 19 Degree Lite dan koleksi klasik 19 Degree.

Setiap satunya mempunyai identiti rekaan tersendiri, daripada bentuk ikonik yang elegan hinggalah pilihan bagasi aluminium yang memberikan penampilan lebih premium.

Foto: TUMI FW26

Bukan sekadar cantik dipandang, setiap bagasi turut dilengkapi kunci TSA bersepadu dan empat roda berkembar yang bergerak lancar untuk memudahkan pergerakan.

Model Front Access dan koleksi klasik 19 Degree juga mempunyai zip pengembangan dua inci, memberikan ruang tambahan apabila anda memerlukannya.

Pilihan Bergaya Untuk Lelaki Yang Sentiasa Bergerak

Foto: TUMI FW26

Harrison Warren Backpack dan Bradner Backpack dalam warna Black Bombe; Alpha Bravo Knight Sling dan Navigation Backpack dalam warna Glacier White.

Untuk lelaki yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja dan aktiviti harian, koleksi Harrison dan Alpha Bravo menawarkan gabungan gaya serta fungsi yang sesuai dengan rutin mereka.

Koleksi Harrison tampil dengan rekaan kemas dan perincian kulit yang elegan, menjadikannya pilihan menarik untuk mereka yang mengutamakan gaya minimalis.

Sementara itu, Alpha Bravo hadir dengan binaan teknikal dan rekaan serba boleh yang sesuai digunakan dalam pelbagai situasi, sama ada ketika ke pejabat, keluar bersantai atau bercuti pada hujung minggu.

Koleksi Alpha turut melengkapkan pilihan hadiah untuk lelaki menerusi rekaan ikonik yang direka khas bagi memenuhi keperluan pengembara moden.

Koleksi Wanita Dengan Sentuhan Elegan & Praktikal

Olas Small Bucket Bag dan Adatto Tote dalam warna Taupe; Belden Sunglasses Case dan Jewelry Case dalam warna Black/Gunmetal.

Bagi wanita pula, TUMI mengetengahkan koleksi Voyageur serta Adatto, rangkaian terbaharu yang menawarkan gaya lebih sofistikated untuk kegunaan harian.

Menariknya, Adatto merupakan koleksi beg buatan Itali yang menggabungkan kehalusan pertukangan dengan sentuhan rekaan elegan.

Koleksi Olas turut memperkenalkan Small Bucket Bag yang sesuai untuk melengkapkan gaya santai, khususnya ketika keluar bersantai pada hujung minggu.

Jika anda gemarkan aksesori yang membantu memastikan barangan peribadi sentiasa tersusun, Belden Jewelry Case dan Sunglasses Case juga antara pilihan yang boleh dipertimbangkan.

Kedua-duanya direka untuk memudahkan penyimpanan aksesori, sama ada ketika bercuti mahupun dalam perjalanan harian.

Warna Baharu Dengan Inspirasi Keindahan Alps

Foto: TUMI FW26

Selain rekaan, pilihan warna turut menjadi antara tarikan utama koleksi musim ini.

Salt, rona putih bersih yang diinspirasikan oleh salji segar di pergunungan Alps, diperkenalkan dalam rangkaian 19 Degree. Glacier White pula melengkapkan koleksi Alpha Bravo dengan penampilan yang segar.

Voyageur tampil dengan warna Oat, manakala Adatto memperkenalkan Wood, rona coklat gelap yang memberikan sentuhan elegan.

Bagi mereka yang sukakan sesuatu yang lebih unik, Journey Small Shoulder Bag dalam kemasan Salt Faux Fur turut menawarkan penampilan lebih playful dan menarik.

Pilihan warna lain seperti Deep Pine, Black Graphite, Black Textured, Taupe dan Rosewood turut melengkapkan koleksi ini, bersama rona klasik Black, Silver dan Navy.

Snow Monster Charm Jadi Tarikan Istimewa Musim Ini

Ski Goggles Mirror Charm, Ski Pass Charm dan Snow Monster Charm.

Antara aksesori paling mencuri perhatian dalam koleksi kali ini ialah Snow Monster Charm.

Dengan rekaan unik dan sedikit comel, aksesori ini memberikan sentuhan ceria serta personaliti tersendiri kepada beg TUMI.

Diinspirasikan oleh suasana pergunungan Alps, Snow Monster Charm direka untuk mereka yang ingin menjadikan barangan peribadi lebih menarik dan berbeza.

Selain itu, Ski Goggles Mirror Charm dan Ski Pass Charm turut melengkapkan pilihan aksesori yang membawa tema pengembaraan musim sejuk.

Hadiah Lebih Bermakna Dengan Sentuhan Peribadi

Bagi menjadikan pemberian hadiah lebih istimewa, TUMI turut memperkenalkan program TUMI Accent yang diperbaharui.

Menerusi program ini, pelanggan boleh memperibadikan hampir setiap hadiah TUMI dengan memilih lebih 20 pilihan tampalan monogram berwarna-warni dan tag bagasi.

Pelanggan boleh menggabungkan pilihan warna serta huruf awal nama mengikut cita rasa masing-masing, sekali gus menjadikan setiap barangan lebih dekat dengan personaliti penerimanya.

Menurut Pengarah Kreatif Global TUMI, Victor Sanz, pemberian hadiah sepatutnya membawa makna yang berkekalan dan terus dihargai walaupun selepas bertahun-tahun.

“Musim perayaan adalah tentang menghadiahkan sesuatu yang boleh dihargai untuk jangka masa panjang kepada insan tersayang.

“Saya suka melihat seseorang masih menggunakan barangan yang diberikan kepada mereka beberapa tahun lalu.

“Untuk musim ini, kami mahu membawa nilai ketahanan dan semangat pengembaraan yang sama ke dalam koleksi ini, dengan inspirasi daripada kesederhanaan, kekuatan dan keindahan pergunungan Alps.

“Pada akhirnya, ia adalah tentang menghasilkan sesuatu yang terasa istimewa hari ini, tetapi pada masa sama menjadi sebahagian daripada perjalanan seseorang untuk tahun-tahun mendatang,” katanya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd