Now Reading
Dua Cawangan Baharu UNIQLO Bakal Dibuka Di 118 Mall & AEON Mall KL Midtown

Dua Cawangan Baharu UNIQLO Bakal Dibuka Di 118 Mall & AEON Mall KL Midtown

Uniqlo 118 Mall terletak dalam kawasan Menara Merdeka 118 yang menjadi salah satu mercu tanda baharu di Kuala Lumpur.

In Brief
  • UNIQLO akan membuka dua cawangan baharu di AEON Mall KL Midtown (5 November) dan 118 Mall (11 Disember 2026).
  • Pelbagai ganjaran istimewa menanti pelanggan di AEON Mall KL Midtown dari 5 hingga 8 November 2026.
  • Kedua-dua cawangan menawarkan koleksi LifeWear UNIQLO untuk wanita, lelaki, kanak-kanak dan bayi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jenama pakaian terkemuka UNIQLO mengumumkan pembukaan dua cawangan baharu di Kuala Lumpur sebelum menutup tahun 2026.

Cawangan pertama ialah UNIQLO AEON MALL KL Midtown yang bakal dibuka 5 November 2026, diikuti 118 Mall pada 11 Disember 2026.

Menerusi pembukaan dua cawangan baharu ini memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia menikmati koleksi LifeWear UNIQLO dengan mudah.

Baca Artikel Berkaitan:  UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Di Malaysia, Utamakan Keselesaan Buat Para Wanita | TRP

Ganjaran Istimewa Menanti Di UNIQLO AEON Mall KL Midtown

Ganjaran istimewa sempena pembukaan cawangan UNIQLO baharu. (Foto: UNIQLO)

Sempena pembukaan cawangan baharu, para pelanggan boleh menikmati pelbagai ganjaran istimewa dari 5 hingga 8 November 2026, selagi stok masih ada.

Menurut UNIQLO, antara ganjaran yang ditawarkan adalah seperti berikut.

  • Shop & Redeem: Berbelanja RM250 dalam satu resit untuk menerima UNIQLO City Tote Bag yang eksklusif.
  • Shop & Save More: Menerima baucar AEON dan Food & Beverage (F&B) terpilih bagi setiap pembelian.
  • Ride & Save: Potongan RM5 untuk perjalanan GRAB ke atau dari cawangan AEON Mall KL Midtown.

Cawangan ini terletak di Level 1, AEON MALL KL Midtown, No. 7, Jalan Dutamas 2, Dutamas, 50480 Kuala Lumpur dan waktu operasinya bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

UNIQLO Bakal Muncul Di Bangunan Kedua Tertinggi Dunia, 118 Mall Pada 11 Disember

118 Mall. (Foto: 118 Mall)

Seterusnya, UNIQLO juga akan membuka cawangannya di 118 Mall pada 11 Disember 2026.

Untuk info, 118 Mall terletak dalam kawasan Menara Merdeka 118 yang menjadi salah satu mercu tanda baharu di Kuala Lumpur.

Kedua-dua cawangan baharu ini mendekatkan koleksi LifeWear UNIQLO dengan orang Kuala Lumpur yang merangkumi pakaian untuk wanita, lelaki, kanak-kanak dan bayi.

Baca Artikel Berkaitan: UNIQLO Lancar Koleksi Disney x Formula 1 UT Di Malaysia Buat Kali Pertama | TRP

Baca Artikel Berkaitan: UNIQLO Lancar Koleksi FW26, Mengambil Inspirasi Daripada Gaya Chic Di Kota Paris


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd