Now Reading
NikeSKIMS Lancar Outerwear Pertama Dalam Koleksinya Untuk Gaya Wanita Urban

NikeSKIMS Lancar Outerwear Pertama Dalam Koleksinya Untuk Gaya Wanita Urban

Koleksi NikeSKIMS merupakan kerjasama di antara Nike bersama pemilik SKIMS, Kim Kardashian.

In Brief
  • NikeSKIMS melancarkan koleksi outerwear pertama, menampilkan jaket sherpa, vest, hooded parka dan cropped jacket secara global.
  • Koleksi ini menggunakan dua bahan utama, Sherpa dan Crunchy Nylon, memenuhi keperluan pengguna yang berbeza.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


NikeSKIMS melancarkan koleksi pakaian luaran (outerwear) pertamanya mengembangkan langkah mereka dalam industri pakaian sukan.

Koleksi baharu ini telah pun dilancarkan secara global semalam (22 Oktober) menampilkan jaket sherpa, vest, hooded parka dan cropped jacket.

Semua pakaian outerwear itu direka khas bagi melengkapkan koleksi sedia ada NikeSKIMS seperti sports bra, legging dan kasut bagi menambah lapisan baharu untuk pengguna.

Dua Bahan Baharu Jadi Watak Utama

Sherpa dan Crunchy Nylon. (Foto: Nike)

Koleksi baharu ini diketuai dengan dua bahan utama iaitu Sherpa dan Crunchy Nylon yang menawarkan ciri tersendiri untuk memenuhi keperluan pengguna berbeza.

Sherpa menampilkan pakaian seperti vest, half-zip jacket dan hooded jacket dihasilkan menggunakan bahan Nike Therma-FIT, lengkap dengan bahagian dalam lembut dan panel recylced-nylon.

Crunchy Nylon pula menawarkan cropped jacket, hooded parka diperbuat daripada fabrik kalis air bersama seluar pendek dan wide-leg pants memberi fokus kepada bentuk siluet pakaian.

Berbeza dengan Sherpa yang mengekalkan rasa panas, Crunchy Nylon dihasilkan untuk melindungi daripada kelembapan dengan potongan lebih longgar memperluaskan pakaian asas sukan kepada para wanita.

Warna University Red Mendominasi Koleksi Ini

Warna University Red. (Foto: Nike)

Menariknya, koleksi baharu NikeSKIMS turut memperkenalkan warna baharu iaitu University Red yang boleh dilihat dalam pelbagai gaya termasuklah Crunchy Nylon, Matte, Weightless Layers, Performance Cotton Blend, kasut dan aksesori.

Selain itu, NikeSKIMS Rift Satin turut kembali dalam warna Shadow Brown dan Silt Red dengan penambahan University Red.

Koleksi ini juga menampilkan beberapa bahan yang sering digunakan oleh NikeSKIMS seperti Stretch Nylon, Stretch Knit dan Airy.

Matte turut memperkenalkan bra sukan baharu yang mengikut bentuk badan.

Manakala itu, Stretch Knit pula dihasilkan daripada satu benang tanpa jahitan untuk padanan lebih kemas dan cantik.

Gabungan outerwear santai bersama pakaian sukan akan memberi banyak pilihan kepada pengguna untuk mix and match sekali gus menghasilkan gaya urban sporty chic yang trendy.

Pasukan Sorak University of Alabama Terajui Koleksi Baharu NikeSKIMS

Pasukan sorak University of Alabama. (Foto: Nike)

Koleksi baharu NikeSKIMS turut menampilkan pasukan sorak University of Alabama yang mempamerkan pakaian tersebut di atas padang American Football.

Ia sekali gus menunjukkan cara setiap pakaian boleh digayakan antara satu sama lain.

Tambahan pula, setiap pakaian mempunyai keupayaan dan fungsi berbeza-beza mengikut bahanya.

Contohnya, Sherpa direka untuk mengekalkan rasa panas, Nilon kalis air menawarkan perlindungan daripada hujan dan lembap.

Langkah NikeSKIMS Ke Arah Pakaian Sukan Lebih Lengkap

Pakaian sukan lebih lengkap dan komprehensif. (Foto: Nike)

Langkah memperkenalkan outerwear dalam koleksi sukan merupakan salah satu cara NikeSKIMS memperluaskan koleksinya ke arah pakaian sukan lebih lengkap.

Ia menambah lapisan baharu ke dalam koleksi yang sebelum ini tertumpu kepada pakaian sukan dan kasut sahaja.

Namun, sejauh mana pakaian baharu ini sesuai untuk pemakaian harian bergantung pada keselesaan, padanan dan prestasinya di luar.

Untuk info, koleksi ini boleh dilihat menerusi laman web rasmi NikeSKIMS dan SKIMS.

Anda juga boleh membelinya secara fizikal di beberapa lokasi terpilih Nike, SKIMS dan rakan kongsi lain pada masa akan datang.

Dicipta Untuk Wanita Urban Yang Aktif

Menurut Nike, NikeSKIMS telah dicipta untuk menyediakan pakaian sukan berinovasi untuk semua atlet wanita.

Jenama ini menggabungkan kaedah Nike dalam inovasi, sains sukan dan pemahaman mereka tentang atlet bersama kepakaran SKIMS terhadap bentuk badan wanita.

Matlamatnya ialah menghasilkan produk yang direka penuh teliti untuk wanita daripada seorang atlet elit sehinggalah pengguna harian.

Malah, idea ini telah berkembang untuk mencipta sesuatu baharu dalam industri sukan selain mengajak lebih ramai generasi muda menyertai gaya hidup aktif.

Tambahan pula, trend hari ini melihat lebih ramai wanita rakyat Malaysia menyertai marathon, hyrox dan acara sukan lain bagi mengekalkan tahap kesihatan yang optimum.

Baca Artikel Berkaitan: Nike LeBron 24: Bakal Menjadi Kasut Paling Ringan, Menggunakan Bahan Baharu ‘Kingknit’


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd