Now Reading
Dunia Permainan Bertemu Jenama Mewah, Hideo Kojima Jadi Wajah Baharu RIMOWA

Dunia Permainan Bertemu Jenama Mewah, Hideo Kojima Jadi Wajah Baharu RIMOWA

Hideo Kojima merupakan antara tokoh penting dalam industri permainan video menghasilkan siri seperti Metal Gear Solid, Death Stranding & lain-lain.

In Brief
  • Hideo Kojima menjadi wajah baharu RIMOWA, dengan siri pendek mengikuti perjalanan kreatifnya ketika menghasilkan permainan OD-KNOCK di Los Angeles.
  • RIMOWA mencipta beg bagasi model Classic khas untuk Kojima, menampilkan figura OD-Knock dan diperbuat daripada anodised grooved aluminium.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hideo Kojima, seorang ikon dalam industri permainan video kini menjadi tumpuan utama menerusi video siri pendek bersama jenama beg bagasi mewah, RIMOWA.

Setelah lebih empat dekad berkecimpung dalam industri hiburan yang menggabungkan elemen filem, sastera dan permainan video, Kojima sering digambarkan sebagai seorang auteur.

Dalam episod keempat merupakan episod baharu, perjalanan kreatifnya dirakam ketika berada di Los Angeles bagi menghasilkan performance capture untuk OD-KNOCK, sebuah permainan menguji tahap ketakutan pemain.

Siri Pendek RIMOWA Memberi Fokus Kepada Hideo Kojima

Untuk info, siri pendek RIMOWA direka untuk mengikuti perjalanan karier Hideo Kojima khususnya ketika saat-saat penting.

Episod baharu ini pula memberi fokus kepada Kojima yang berjaya menghasilkan bahasa dan dunia kreatif menerusi setiap karyanya.

RIMOWA Hasilkan Beg Bagasi Khas Untuk Kojima

Hideo Kojima. (Foto: RIMOWA)

Kojima yang berasal dari Tokyo, Jepun cukup terkenal sebagai seorang individu yang gemar meneroka pelbagai destinasi di seluruh dunia.

Menurutnya, semangat untuk meneroka itu membantu mengekalkan minda tajam.

Malah, beliau turut menyifatkan watak-watak ciptaannya sebagai cerminan dirinya sendiri ataupun “an extension of himself”.

Keunikan itulah menjadi inspirasi bagi RIMOWA mencipta beg bagasi model Classic direka khas untuk membolehkan salah satu watak hasil ukiran Kojima muat dalamnya.

Ini membolehkan Kojima membawa sebahagian daripada personaliti dan imaginasinya ke mana-mana sahaja.

Tambahan pula, beg ini dihasilkan menggunakan bahan signature RIMOWA iaitu anodised grooved aluminium.

Setiap bahagian reka bentuknya dihasilkan dengan penuh teliti oleh tukang artisan RIMOWA terletak di Cologne, Jerman.

Beg Yang Mempamerkan Figura OD-Knock

Figura OD-Knock (kiri) boleh dipamerkan. (Foto: RIMOWA)

Menariknya, beg tersebut dilengkapi dengan kaki kecil membolehkan ia berdiri dengan tegak supaya figura siri OD-Knock Kojima dapat dipamerkan dengan kemas.

Tambahan pula, beg ini dikemaskan dengan pemegang diperbuat daripada kulit, dikilatkan dan kunci diluluskan oleh Transportation Security Administration (TSA).

Selain itu, episod keempat siri ini diarahkan oleh pengarah dari Perancis-Maghribi, Otman Qrita.

Beliau mengikuti Kojima ke California bagi melihat karyanya di studio miliknya sambil menyelitkan renungan peribadi tentang seni ciptaannya.

Bagi Kojima, pergerakan menjadi sumber inspirasi yang tidak pernah kering dan antara elemen penting dalam proses kreatifnya.

Sebagai contoh, Kojima sering memerhati suasana bandar dari tingkap keretanya sambil menyusuri jalan raya di Los Angeles yang bersinar.

Malah, Kojima turut menyaksikan bagaimana watak-watak yang dicipta perlahan-lahan dihidupkan menerusi lakonan para pelakon berbakat.

Selain itu, siri ini turut membawa falsafah RIMOWA bahawa menguasai sesuatu benda memerlukan perjalanan panjang yang digambarkan dengan dedikasi, ketabahan, keberanian dan kreativiti.

Selain meraikan pencapaian luar biasa, siri ini turut membawa falsafah RIMOWA bahawa penguasaan sejati merupakan satu perjalanan yang tiada noktahnya.

Menerusi visi dan usahanya untuk meneroka secara kreatif, Kojima sering dilihat sebagai semangat inovasi yang terus membentuk landskap budaya.

Seorang Tokoh Yang Menghasilkan Metal Gear Solid, Death Stranding & Silent Hill P.T.

Hideo Kojima. (Foto: RIMOWA)

Untuk info, Hideo Kojima turut digelar sebagai bapa genre stealth dan diiktiraf kerana membawa inovasi dalam segi jalan cerita dan persembahan filem dalam dunia permainan video.

Pada 16 Disember 2015, Kojima telah menghasilkan studio sendiri iaitu KOJIMA PRODUCTIONS, di bawah slogan “From Sapiens to Ludens”.

Seterusnya studio tersebut telah melancarkan permainan video pertama pada 8 November 2019 bertajuk DEATH STRANDING, dibintangi oleh Norman Reedus, Mads Mikkelsen dan Léa Seydoux untuk PlayStation 4 (PS4).

DEATH STRANTING turut dibawa ke pelbagai platform hiburan lain seperti PlayStation 5 (PS5), PC, iPhone, iPad, Mac, Xbox Series X / S dan Amazon Luna sambil berjaya merangkul pelbagai anugerah.

Sekuel, DEATH STRANDING 2: ON THE BEACH telah dilancarkan di PlayStation 5 tahun lepas, diikuti versi PC pada 2026.

Setakat ini, siri DEATH STRANDING telah berjaya mencapai jumlah pemain melebihi 27 juta di seluruh dunia.

Pada tahun 2020, Kojima turut menerima anugerah tertinggi BAFTA, BAFTA Fellowship, atas sumbangan luar biasanya dalam filem, permainan video atau televisyen.

Baca Artikel Berkaitan: Bukan Bagasi! RIMOWA Lancar Kotak Dart Aluminium Edisi Terhad Bernilai Lebih RM27,000 | TRP

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] RIMOWA Perkenal Warna Baharu Umber & Ultramarine Bersama Joe Alwyn | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd