Now Reading
Nespresso x Swarovski Tampil Dengan Kopi, Mesin & Aksesori Edisi Terhad

Nespresso x Swarovski Tampil Dengan Kopi, Mesin & Aksesori Edisi Terhad

Kolaborasi sempena musim perayaan ini menampilkan pilihan kopi asli dan berperisa, mesin kopi dengan kemasan kristal serta aksesori istimewa yang mula dijual pada 21 Oktober 2026.

In Brief
  • Nespresso dan Swarovski bekerjasama memperkenalkan koleksi edisi terhad perayaan, menggabungkan kopi premium dengan rekaan kristal mewah yang eksklusif.
  • Koleksi ini merangkumi kopi edisi terhad, Advent Calendar, Travel Mug istimewa dan mesin kopi CitiZ Platinum berhias kristal Swarovski.
  • Koleksi perayaan Nespresso x Swarovski mula dijual pada 21 Oktober 2026 menerusi laman web rasmi, butik Nespresso dan butik Swarovski terpilih.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau anda gemar menikmati kopi sambil mengumpul aksesori yang cantik, kolaborasi terbaharu Nespresso dan Swarovski mungkin menarik perhatian anda.

Sempena musim perayaan tahun ini, kedua-dua jenama tersebut bergabung untuk memperkenalkan koleksi edisi terhad yang menggabungkan pengalaman menikmati kopi premium dengan sentuhan mewah kristal Swarovski.

Diilhamkan daripada slogan ikonik Nespresso, “What Else?”, koleksi ini menampilkan pelbagai pilihan kopi, aksesori dan mesin kopi dengan rekaan yang diinspirasikan daripada warna serta bentuk oktagon ikonik Swarovski.
(Foto: Eshvar/TRP)

Bukan sekadar untuk memeriahkan musim perayaan, koleksi ini turut menawarkan pilihan hadiah istimewa buat penggemar kopi dan mereka yang menghargai rekaan eksklusif.

Pilihan Kopi Edisi Terhad Dengan Rasa Istimewa

Antara tarikan utama kolaborasi ini ialah rangkaian kopi edisi terhad yang merangkumi kopi asli dan kopi berperisa, dengan setiap pilihan menawarkan profil rasa tersendiri.

Bagi penggemar kopi yang lebih menyukai rasa klasik, Nespresso memperkenalkan Festive Crystal Spark Espresso untuk mesin Original dan Festive Crystal Spark Double Espresso untuk mesin Vertuo.
(Foto: Eshvar/TRP)

Kedua-dua adunan ini menggabungkan biji kopi Arabika dari Guatemala dan Costa Rica di Amerika Selatan dengan kopi Robusta dari Asia.

Hasilnya ialah gabungan rasa seimbang dengan aroma bijirin panggang, nota koko yang lembut serta sentuhan karamel dan rempah.

(Foto: Eshvar/TRP)

Kopi ini juga boleh dinikmati sebagai minuman biasa atau dijadikan asas untuk resipi kreatif seperti Crystal Spark Matcha Affogaccino.

Bagi mereka yang sukakan kopi dengan rasa lebih unik, terdapat dua pilihan kopi berperisa yang turut menggunakan biji kopi Arabika dari Brazil dan Colombia.

Hazelnut Brownie Flavoured menawarkan gabungan rasa brownie yang kaya dengan aroma kacang hazel panggang, manakala Blueberry Cheesecake Flavoured menggabungkan rasa jem beri biru, kek keju yang berkrim dan sentuhan karamel.

Kedua-duanya memberikan pilihan berbeza untuk penggemar kopi yang ingin mencuba sesuatu selain rasa kopi biasa.

(Foto: Eshvar/TRP)

Advent Calendar & Aksesori Untuk Dijadikan Hadiah

Selain kopi, koleksi perayaan Nespresso x Swarovski turut menampilkan Advent Calendar untuk mesin Original dan Vertuo.

Kalendar istimewa ini membolehkan pengguna meneroka pelbagai pilihan kopi secara berperingkat, termasuk perisa baharu dan kegemaran ramai.

(Foto: Eshvar/TRP)

Menariknya, hari-hari terpilih turut menyediakan dua kapsul kopi supaya pengguna boleh berkongsi pengalaman menikmati kopi bersama insan tersayang.

Setiap kalendar juga dilengkapi aksesori eksklusif.

Bagi mereka yang gemar membawa kopi ketika keluar, Nespresso turut memperkenalkan versi baharu Travel Mug klasiknya dengan kemasan keluli tahan karat berwarna hijau.

Rekaannya dihiasi corak ikonik Swarovski dan boleh dipadankan dengan Travel Mug Holder yang dihiasi 36 kristal hijau.

Mesin Kopi CitiZ Platinum Dengan Sentuhan Kristal

Kolaborasi ini turut memperkenalkan mesin kopi CitiZ Platinum dengan kemasan kristal Swarovski.

Menggabungkan teknologi penyediaan kopi Nespresso dengan seni pertukangan kristal Swarovski, mesin ini tampil dengan rekaan elegan yang sesuai untuk penggemar kopi yang mementingkan fungsi dan estetika.

Dengan penampilannya yang eksklusif, mesin kopi ini turut menjadi pilihan hadiah buat mereka yang ingin menambah sentuhan mewah pada ruang kopi di rumah.

Tiga Resipi Kopi Untuk Dicuba Di Rumah

(Foto: Eshvar/TRP)

Bagi yang suka bereksperimen dengan minuman kopi, Nespresso turut berkongsi beberapa resipi kreatif menggunakan kopi edisi terhad daripada kolaborasi ini.

Antaranya ialah Blueberry Cheesecake Creamy Iced Latte, yang menggabungkan kopi berperisa blueberry cheesecake dengan ais untuk menghasilkan minuman sejuk dengan gabungan rasa manis dan berkrim.

Seterusnya, Hazelnut Pink Brownie Mocktini menawarkan gabungan kopi Hazelnut Brownie Flavoured, susu cair dan sedikit coklat untuk menghasilkan minuman dengan rasa yang lebih kaya.

Satu lagi pilihan ialah Crystal Spark Matcha Affogaccino, yang memberikan kelainan kepada hidangan affogato klasik menerusi gabungan aiskrim pistachio, kopi Crystal Spark dan buih susu berperisa matcha.

Taburan pistachio yang dihancurkan melengkapkan hidangan ini dengan tekstur tambahan serta rasa kekacang.

Ketiga-tiga resipi ini menawarkan inspirasi buat mereka yang ingin menikmati kopi dengan cara lebih kreatif, sama ada untuk diri sendiri atau ketika meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Bila Koleksi Nespresso x Swarovski Mula Dijual?

Koleksi perayaan Nespresso x Swarovski mula tersedia pada 21 Oktober 2026 untuk tempoh terhad.

Pengguna boleh mendapatkannya menerusi laman web rasmi dan butik Nespresso. Item terpilih daripada koleksi ini juga boleh didapati di butik Swarovski terpilih di seluruh dunia.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd