OMODA X Night menghimpunkan automotif, fesyen, muzik dan teknologi, sambil memperkenalkan model baharu crossover OMODA X kepada peminat global.
Wakil Miss World dari pelbagai negara hadir memeriahkan acara, meraikan kreativiti generasi muda melalui fesyen, muzik dan teknologi.
Pemilik kereta OMODA dan JAECOO dari pelbagai negara akan bersama mempersembahkan lagu khas, menyatukan bahasa, budaya dan kisah mereka.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Jenama automotif, OMODA & JAECOO bakal menganjurkan sebuah acara istimewa yang menghimpunkan automotif, fesyen, muzik dan teknologi di bawah OMODA X Night.
OMODA X Night turut bakal memperkenalkan model baharunya kepada peminat di seluruh dunia.
Model baharu crossover OMODA X dijadualkan bakal melakukan penampilan pertama di peringkat global hari ini (20 Oktober).
Konsep CROSSVOLUTION Menjadi Konsep Utama OMODA
OMODA & JAECOO. (Foto: OMODA)
Menurut OMODA, OMODA X dibina berlandaskan konsep CROSSVOLUTION yang menjadi asas utama bagi jenama ini.
CROSSVOLUTION digambarkan bukan sebagai satu falsafah reka bentuk. Sebaliknya satu daya kreatif yang sentiasa berubah bagi menembusi apa jua halangan.
Reka bentuk model baharu ini menampilkan elemen futuristic mecha, geometric aesthetics dan sporty dynamic bagi menyasarkan golongan lebih matang tetapi mahu mengekalkan keperibadian dan personaliti sendiri.
Wakil Miss World Turut Hadir Bagi Memeriahkan OMODA X Night
OMODA turut membawa tokoh inspirasi daripada pelbagai bidang bagi memeriahkan acara tersebut.
Wakil Miss World daripada beberapa buah negara bakal naik ke pentas untuk membawa elemen fesyen antarabangsa, kepelbagaian budaya dan gaya peribadi.
Tujuannya untuk meraikan daya kreativiti generasi muda melalui platform fesyen, muzik dan pandangan mereka terhadap teknologi serta trend semasa.
Selain itu, syarikat data dan perundingan, Kantar bakal berkongsi pemerhatian mereka terhadap budaya trendy generasi muda masa kini dengan menilai perubahan menerusi minat, emosi dan pandangan terhadap gaya hidup hari ini.
Pemilik OMODA & JAECOO Bakal Mempersembahkan Satu Lagu Khas
OMODA x NIGHT. (Foto: OMODA)
Menariknya, pemilik kereta OMODA & JAECOO dari pelbagai negara dijangka bakal mempersembahkan sebuah lagu khas bagi meraikan jenama tersebut.
Malah, bahasa, budaya dan kisah mereka yang berbeza-beza akan disatukan menerusi satu lagu sama.
Keistimewaan acara ini bukan sahaja terletak pada pengenalan model baharu daripada OMODA, tetapi kisah-kisah pemilik jenama ini yang bakal berkumpul bagi memeriahkan malam tersebut.
Konsep People + Car + Life Yang Menghidupkan OMODA & JAECOO
Untuk info, OMODA & JAECOO bertekad untuk membangunkan ekosistem O-UNIVERSE bagi menyatukan teknologi automotif inovatif dengan gaya hidup pengguna masa kini.
OMODA disifatkan sebagai jenama fashion-forward dan dibangunkan dengan mengambil berat tentang Lifestyles of Health and Sustainability (LOHAS) bagi menyasarkan generasi yang mahukan kereta lebih moden.
JAECOO pula merupakan jenama kereta bagi golongan urban dan mahukan gaya hidup lebih mencabar.
Berpegang kepada falsafah, From Classic, Beyond Classic. JAECOO bakal menembusi pasaran kereta off-road dengan gaya dan prestasi tersendiri.