Now Reading
Starbucks Bawa Watak Winnie The Pooh Ke Koleksi Baharu, Ada Tumbler Dengan Aksen Honey Pot!

Starbucks Bawa Watak Winnie The Pooh Ke Koleksi Baharu, Ada Tumbler Dengan Aksen Honey Pot!

Hasil kolaborasi bersama Disney, koleksi ini menampilkan 20 barangan termasuk tumbler, mug seramik, keychain dan phone strap dengan rekaan Winnie The Pooh, Piglet, Eeyore serta Tigger.

In Brief
  • Starbucks Malaysia akan melancarkan koleksi edisi terhad berkolaborasi dengan Disney, menampilkan watak Winnie The Pooh, bermula 20 Oktober 2026.
  • Koleksi ini merangkumi 20 barangan termasuk tumbler, mug seramik berbentuk sarang lebah, keychain dan phone strap bertemakan Hundred Acre Wood.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau korang peminat Winnie The Pooh, mungkin ini antara koleksi yang boleh masuk dalam senarai barangan untuk diburu!

Starbucks Malaysia bakal melancarkan koleksi edisi terhad hasil kolaborasi bersama Disney yang diinspirasikan oleh Winnie The Pooh dan rakan-rakannya dari Hundred Acre Wood.

Bakal mula dijual pada 20 Oktober 2026, koleksi ini menampilkan sebanyak 20 barangan drinkware dan gaya hidup dengan rekaan yang membawa karakter popular seperti Winnie The Pooh, Piglet, Eeyore dan Tigger ke dalam rutin harian.

Pelancaran ini turut meraikan ulang tahun ke-100 Winnie The Pooh, karakter yang cukup sinonim dengan persahabatan, kebaikan hati dan kegembiraan dalam perkara-perkara kecil.

Ada Tumbler, Mug Dan Aksesori Dengan Rekaan Winnie The Pooh

Antara yang menarik perhatian ialah pilihan tumbler dan botol minuman dengan perincian diinspirasikan daripada madu, termasuk aksen Hunny Pot yang menjadi identiti Winnie The Pooh.

Bagi yang suka menikmati kopi di rumah atau di pejabat, koleksi ini turut menampilkan mug seramik berbentuk sarang lebah yang memberikan sentuhan comel pada waktu minum kopi.

Selain itu, peminat juga boleh mendapatkan aksesori koleksi seperti keychain dan phone strap Starbucks® Bearista yang digayakan sebagai karakter Winnie The Pooh, Piglet, Eeyore dan Tigger.

Setiap rekaan membawa karakter dari Hundred Acre Wood ke dalam barangan harian, sama ada untuk digunakan sendiri, dijadikan koleksi atau diberikan sebagai hadiah kepada orang tersayang.

Koleksi Edisi Terhad Ini Mula Dijual 20 Oktober 2026!

Bukan sekadar barangan dengan rekaan menarik, kolaborasi ini turut membawa mesej tentang persahabatan dan menghargai masa bersama orang tersayang.

Seperti kisah Winnie The Pooh yang sering mengingatkan kita tentang nilai persahabatan dan kegembiraan sederhana, koleksi ini direka untuk menjadikan momen harian seperti menikmati kopi bersama rakan atau meluangkan masa dengan keluarga terasa lebih bermakna.

Koleksi Starbucks bersama Disney Winnie The Pooh ini akan mula dijual di semua cawangan Starbucks Malaysia pada 20 Oktober 2026, selagi stok masih ada.

Jadi, kalau ada rekaan yang berkenan, bolehlah mula intai koleksi ini apabila ia dilancarkan nanti!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd