Nak Wajah Nampak Sun-Kissed & Lebih Berdimensi? Huda Beauty Perkenal Bronze Filter Palette
Bronze Filter Palette menggabungkan empat warna bronzer dan contour dalam satu kompak, daripada rona gangsa hingga sentuhan rosy warmth dan soft radiance.
- Huda Beauty memperkenalkan Bronze Filter Palette, palette bronzer serbuk pertama mereka dengan empat warna untuk bronzer dan contour.
- Palette ini hadir dalam lima pilihan tona kulit, dengan formula serbuk yang mudah dibaurkan tanpa kelihatan bertompok.
- Dua teknik disyorkan: Swirl untuk efek sun-kissed yang natural, dan Bronze Blueprint untuk definisi wajah yang lebih ketara.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau anda suka solekan yang memberikan efek kulit sun-kissed dengan wajah nampak lebih berdimensi, produk baharu daripada Huda Beauty ini mungkin menarik perhatian.
Jenama kecantikan itu memperkenalkan Bronze Filter Palette, palette bronzer serbuk pertama Huda Beauty yang menggabungkan empat warna untuk bronzer dan contour dalam satu kompak.
BACA JUGA: Huda Beauty Lancar Koleksi Strawberry Latte: Trend ‘Soft Glam’ Musim Panas Kini Lebih Segar & Rosy
Direka untuk memudahkan rutin solekan, palette ini membolehkan pengguna menghasilkan pelbagai gaya, daripada kemasan gangsa yang lembut dan natural hinggalah penampilan bronze sculpt yang lebih jelas.
Menariknya, setiap warna mempunyai fungsi tersendiri dan boleh digunakan secara berasingan atau digabungkan mengikut hasil solekan yang diinginkan.
Empat Warna Dalam Satu Palette, Setiap Satu Ada Fungsinya

Ini membolehkan pengguna mengawal kepekatan warna tanpa perlu risau solekan kelihatan terlalu tebal.
Antara warna yang ditawarkan termasuk:
- Contour: Membantu membentuk dan menyerlahkan struktur wajah.
- True Bronzer: Memberikan efek gangsa yang boleh ditambah secara berperingkat.
- Sun-Kissed Bronzer: Menambah sentuhan kehangatan dengan rona kemerahan.
- Bronzing Melange: Memberikan kemasan berseri yang lembut.

Bagi yang gemarkan solekan lebih terperinci, setiap warna pula boleh dilapiskan pada bahagian tertentu untuk menghasilkan definisi dan dimensi yang lebih ketara.
Menurut Huda Beauty, formula serbuknya direka supaya mudah dibaurkan dengan kemasan licin tanpa kelihatan bertompok.
Palette ini juga ditawarkan dalam lima pilihan untuk memenuhi pelbagai tona kulit.
Berus Dua Hujung Untuk Bronzer Dan Contour
Melengkapi pelancaran tersebut ialah Dual-Ended Bronze & Contour Brush, berus solekan dua hujung yang direka untuk memudahkan aplikasi bronzer dan contour.
Bahagian pertama mempunyai kepala berus bersudut yang gebu, sesuai untuk membaurkan bronzer pada pipi dan bahagian tinggi wajah bagi menghasilkan kemasan yang lebih lembut.
Satu lagi hujung berus mempunyai bentuk lebih tirus untuk aplikasi yang lebih tepat, termasuk pada bahagian hidung dan kawasan wajah yang memerlukan definisi tambahan.
Selain dipadankan dengan Bronze Filter Palette, berus ini juga boleh digunakan bersama produk bronzer dan contour bertekstur krim, cecair atau serbuk.
Dua Cara Untuk Dapatkan Solekan Bronze Sculpt
Bagi yang ingin mencuba gaya solekan ini, Huda Beauty turut berkongsi dua teknik menggunakan Bronze Filter Palette.
1. Teknik Swirl Untuk Efek Sun-Kissed
Ini pilihan yang lebih mudah untuk mereka yang mahukan penampilan natural tanpa terlalu banyak langkah.
Gunakan bahagian berus yang gebu untuk mencampurkan keempat-empat warna sebelum menyapunya pada dahi, pipi, hidung dan garis rahang.
Hasilnya ialah kemasan gangsa yang lembut dengan sentuhan kehangatan dan seri pada wajah.
2. Teknik Bronze Blueprint Untuk Definisi Lebih Jelas
Kalau mahukan wajah yang kelihatan lebih berdimensi, teknik ini menggunakan setiap warna secara berperingkat.
- Langkah 1 — Sculpt: Gunakan Contour bersama Bronzing Melange untuk membentuk dan menyerlahkan struktur wajah secara lembut.
- Langkah 2 — Bronze: Sapukan True Bronzer untuk memberikan kehangatan pada wajah.
- Langkah 3 — Sun-Kissed: Tambahkan Sun-Kissed Bronzer bersama Bronzing Melange untuk rona kemerahan dan kemasan berseri.
Dengan teknik ini, pengguna boleh mengawal penempatan warna mengikut bentuk wajah dan hasil solekan yang diinginkan.

Sama ada anda lebih suka solekan ringkas untuk kegunaan harian atau penampilan bronze yang lebih menyerlah, gabungan bronzer dan contour dalam satu palette ini menawarkan pilihan untuk mencuba kedua-dua gaya.
BACA JUGA: Huda Beauty Lancar Produk Loose Powder Edisi Terhad ‘Easy Bake Matcha Milk Cake’
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.