Now Reading
Panas Malaysia Lain Dari New Zealand, Ini 7 Lokasi Menarik Boleh Diterokai!

Panas Malaysia Lain Dari New Zealand, Ini 7 Lokasi Menarik Boleh Diterokai!

Untuk info, musim panas merupakan antara waktu terbaik untuk bercuti di New Zealand kerana udara segar, pantai bersih & hari yang panjang.

In Brief
  • New Zealand menawarkan pelbagai pengalaman menarik pada musim panas, dari gua berlampu hingga landskap geoterma yang menakjubkan.
  • Selain musim panas, musim luruh dan shoulder season juga waktu terbaik untuk meneroka New Zealand dengan lebih selesa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Lumrahnya majoriti di antara kita akan mengambil cuti panjang pada hujung tahun untuk berhenti sebentar, reset dan menikmati kecantikan dunia.

Memandangkan negara kita menghadapi musim jerebu, apa kata kita melarikan diri ke Aotearoa ataupun New Zealand.

Sebuah negara yang mempunyai pemandangan sangat cantik terutamanya pada musim panas ini.

Musim Paling Seronok Di New Zealand

Te Puia. (Foto: New Zealand)

Untuk info, musim panas merupakan antara waktu terbaik untuk bercuti di New Zealand kerana pelbagai sebab.

Antaranya ialah hari yang panjang, suhu tidak terlalu panas dan waktu paling sesuai untuk meneroka pantai, hiking serta menikmati udara segar.

Cuaca cerah menjadi latar belakang sempurna sambil menikmati segalanya yang ditawarkan oleh New Zealand daripada pemandangan sehingga aktiviti lasak yang menyeronokkan.

Tidak hairanlah kenapa musim panas sentiasa disebut sebagai waktu terbaik untuk menjejakkan kaki ke New Zealand.

Dua Pengalaman Berbeza, Satu Pilihan Menarik

Waitomo Glowworm Caves. (Foto: New Zealand)

Musim panas di sana boleh berakhir dengan cerita berbeza bergantung kepada pengalaman apa yang anda inginkan.

Pengalaman pertama dapat membawa anda meneroka gua berlampu, tanah geoterma dan lain-lain lagi.

Pengalaman kedua pula membawa anda ke Pulau Selatan melihat hasil bumi dan penemuan hidupan laut.

Disebabkan kepelbagaian aktiviti yang boleh dilakukan, sudah tentu anda merasakan perlu menikmati kedua-dua pengalaman ini dalam satu percutian, kan?

Sebenarnya tak, jom lihat pengalaman mana yang menarik di mata anda terlebih dahulu.

Waikato, Rotorua & The Hobbit

Perjalanan pertama kita bermula di Auckland sebelum ke Waikato dan Rotorua menggabungkan suasana perayaan dengan tarikan alam semula jadi bersama budaya unik di sini.

Anda boleh menikmati pengalaman menyelusuri Waitomo Glowworm Caves dengan menaiki bot melihat bagaimana glowworm mengeluarkan lampunya.

Seterusnya, laluan itu menuju ke Hobbiton dan Rotorua.

Rotorua memberi peluang untuk anda meneroka landskap geoterma dan mengenali budaya serta hasil kraf tangan orang Maori di Te Puia.

Tambahan pula, jangan lepaskan peluang untuk menikmati air mineral Wai Ariki untuk melegakan badan selepas seharian berjalan.

Untuk info, bagi peminat The Hobbit atau Lord of The Rings, 18 dan 19 Disember akan membawa anda meneroka Shire bagi menikmati suasana sambutan perayaan bertemakan movie fantasi ini.

Anda juga berpeluang untuk berjalan kaki di sepanjang lokasi penggambaran movie fantasi ini yang dihiasi penuh dengan lampu.

Kaki Hiking? Tongariro Alpine Crossing Menawarkan Cabaran Trek Sejauh 19.4 Kilometer (KM)

Tongariro Alpine Crossing. (Foto: New Zealand)

Bagi mereka yang inginkan pengalaman lebih aktif boleh cuba Tongariro Alpine.

Laluan trek sejauh 19.4 km disebut sebagai mencabar kerana merentasi kawasan gunung berapi, dataran alpine dan Emerald Lakes yang terkenal dengan warnanya.

Christchurch Menuju Ke Kaikoura

Kaikoura. (Foto: New Zealand)

Pengalaman kedua pula bermula di Christchurch bagi meneroka apa sahaja yang menarik minat serta mata anda.

Kaikoura pula menawarkan pengalaman eksklusif bertemu haiwan laut seperti dolfin dalam habitat semula jadinya.

Selain itu, teruskan perjalanan anda ke Marlborough bagi melihat ladang anggur, biri-biri dan bagaimana tenaga solar menghidupkan kawasan ini.

Tak Minat Musim Panas? Mungkin Boleh Cuba Shoulder Season Atau Luruh

Yealands Estate. (Foto: New Zealand)

Untuk info, musim panas bukanlah satu-satunya waktu untuk menjejakkan kaki ke New Zealand.

Menurut Discover New Zealand, musim luruh dari Mac hingga Mei juga merupakan waktu terbaik untuk mengunjungi negara itu yang disifatkan sebagai the golden escape.

Musim luruh di New Zealand sering digambarkan seperti melangkah masuk ke dalam dunia fantasi melihat landskapnya bertukar kepada warna emas membuatkan waktu ideal mengambil gambar.

Suhu pada waktu ini tidaklah terlalu panas dan pelancong asing juga semakin berkurangan.

Namun, perlu diingatkan cuaca boleh menjadi lebih sejuk dan disyorkan bawa pakaian tebal.

Selain itu, anda juga boleh cuba bercuti di New Zealand ketika shoulder season di antara Mac hingga Mei dan September ke November bagi individu yang inginkan pengalaman lebih unik.

Pada waktu ini, kebanyakan aktiviti boleh dinikmati, malah kawasan popular boleh diterokai tanpa perlu berhimpit dengan orang ramai.

Sama ada hiking, menikmati pemandangan ataupun melihat budaya tempatan, shoulder season membuka ruang baharu bagi mereka yang ingin bercuti di New Zealand.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd