Infinité Lancar Syampu & Serum Rambut Untuk Atasi Masalah Kelemumur
Menurut Infinité, separuh daripada populasi orang dewasa di seluruh dunia mengalami masalah kelemumur.
- Infinité melancarkan syampu dan serum rambut yang direka khas untuk mengatasi masalah kelemumur, menyuburkan rambut dan bertindak sebagai conditioner.
- Setiap bahan dalam produk Infinité dipilih dengan tujuan tertentu, menggunakan pendekatan "Ingredients with Intention" untuk menyelesaikan masalah kelemumur.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Hari ini (15 Oktober), PEMANDU GROUP telah melancarkan produk rambut baharu di bawah jenama Infinité.
Jenama ini memperkenalkan dua produk, iaitu syampu dan serum khas untuk menjaga kulit kepala.
Namun, apa yang menarik bukanlah produknya semata-mata, tetapi cara Infinité bermula.
Bermula Dengan Satu Soalan Mudah

Idea Infinité tercetus daripada satu soalan oleh Dato’ Sri Idris Jala, Presiden dan Pengerusi PEMANDU Associates.
Soalannya ringkas sahaja iaitu kenapa susah untuk mencari sebuah syampu yang boleh mengatasi masalah kelemumur, menyuburkan rambut dan menjadi conditioner pada masa sama.
Daripada soalan itu, pasukan Infinité mula bekerja.
Mereka tidak menghasilkan produk terlebih dahulu, tetapi mereka cuba memahami masalah dan punca berlakunya kelemumur.
Malah, mereka telah meneliti sebanyak 311 produk anti-kelemumur sedia ada di pasaran.
Selain itu, mereka melihat bagaimana cuaca panas dan lembap memberi kesan kepada orang yang mengalami masalah kelemumur.
Setiap Bahan, Ada Sebabnya
Prinsip utama Infinité ialah Ingredients with Intention yang memastikan setiap bahan dipilih ada tujuannya.
Menurut Pengarah Urusan Aeternia Sdn Bhd, Larvin Rengasamy, pendekatan ini bermula daripada cara mereka melihat soalan Dato’ Sri Idris Jala.
“Apabila Pengerusi kami bertanya soalan itu, kami tidak mendengarnya sebagai satu permintaan produk. Kami mendengarnya sebagai satu masalah yang perlu diselesaikan.”
“Setiap bahan ada tujuannya, kami tulis apa yang terkandung dan berapa banyak digunakan dan memastikan rutinnya ringkas sahaja,” tambah Rengasamy.
Infinité Anti-Dandruff Scalp Renewal Shampoo

Produk pertama Infinité ialah Anti-Dandruff Scalp Renewal Shampoo (300ml).
Ia merupakan syampu lembut yang sesuai digunakan setiap hari, terutama bagi mereka mempunyai kulit kepala berminyak.
Syampu ini dihasilkan bagi melakukan tiga perkara sekali gus iaitu mengawal kelemumur, mengimbangkan minyak dan menguatkan kulit kepala.
Ramuan utama dalamnya seperti:
- Piroctone Olamine (0.7%): Mengawal kelemumur
- Ceramide Complex (0.5%): Menguatkan lapisan pelindung kulit kepala
- Niacinamide (2.0%): Menjaga dan menguatkan kulit kepala
- Menthol (0.7%): Memberi rasa sejuk
- Peppermint Oil (0.7%): Memberi rasa segar
Selain itu, tea tree oil and sodium hyaluronate turut membantu mengawal minyak dan menambah kelembapan pada kulit kepala.
Dalam masa sama, syampu ini juga bertindak sebagai conditioner membuatkan rambut terasa lebih lembut dan kurang kusut.
Infinité Scalp Renewal Serum
Berbeza dengan syampu, serum ini tidak perlu dibilas setelah menggunakannya.
Sebaliknya, ia hanya disapu pada kulit kepala selepas mencuci rambut.
Tujuannya untuk menjaga kulit kepala pada bila-bila masa.
Ramuan utama dalamnya seperti:
- Niacinamide (4.0%): Menjaga dan menguatkan kulit kepala
- Ceramide Complex (0.5%): Menguatkan lapisan pelindung
- Piroctone Olamine (0.5%): Mengawal kelemumur
- Prebiotics (1.0%): Mengimbangkan kesihatan kulit kepala
- Sweet Almond Protein (1.0%): melembutkan rambut
- Menthol (0.3%): Memberi rasa sejuk
Menariknya kedua-dua produk ini dicipta untuk digunakan dalam dua langkah mudah iaitu cuci dengan syampu dan kemudian sapu serum pada rambut.
Dengan kata lain, tiada langkah tambahan yang menyusahakan.
Bukan itu sahaja, kedua-dua produk ini dihasilkan sepenuhnya di Malaysia menggabungkan kajian pengguna oleh Aeternia dan kepakaran Intramiles Sdn Bhd, sebuah pengeluar disahkan halal dan GMP.
Disebut Sebagai In-Fi-Ni-TAY
Namanya dipilih daripada satu kepercayaan iaitu masalah manusia tidak akan pernah berakhir, dan begitulah juga jenama ini.
Infinité ingin terus menyelesaikan pelbagai masalah penjagaan diri yang lain pada masa hadapan.
Masalah Kelemumur Sebenarnya Sangat Common!

Untuk info, kelemumur sebenarnya masalah yang kerap berlaku dan berbeza bagi setiap orang.
Menurut Infinité, kelemumur dikatakan dialami oleh separuh daripada orang dewasa di seluruh dunia.
Namun, ramai yang terus bertukar produk tanpa menemui penyelesaian.
Ia juga boleh berlaku daripada pelbagai faktor seperti terlebih minyak, yis Malassezia dan kulit kepala yang lemah.
Mereka yang mengalami masalah kelemumur turut akan mengalami masalah kurang keyakinan, tekanan emosi dan kualiti hidup menurun.
Bagi sesetengah individu, ia bermakna kulit kepala akan terasa gatal sepanjang hari terutama pada hari yang panas.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.