Now Reading
Bekas Aircraft Engineer Raih RM100,000 Lukis Mural Zoo Negara

Bekas Aircraft Engineer Raih RM100,000 Lukis Mural Zoo Negara

Antara karya paling popular dihasilkan oleh Nas seperti di Kasturi Walk, Petaling Street berjaya mencuri perhatian ramai orang.

In Brief
  • Nas Suha, bekas jurutera penyelenggaraan pesawat, kini dibayar RM100,000 untuk melukis mural terpanjang di Zoo Negara.
  • Perjalanannya bermula dengan bayaran serendah RM150 untuk mural pertama sebelum mencapai kejayaan besar dalam industri kreatif.
  • Walaupun dikritik kerana meninggalkan bidang kejuruteraan, Nas terus gigih dan kini bekerjasama dengan jenama besar seperti Maxis.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Industri kreatif di Malaysia sering dianggap sebagai bidang yang kurang dihargai terutama bagi seorang baru sahaja bermula.

Namun, tidak semua kisah berakhir dengan kekecewaan. Ada individu berbakat yang menerima penghargaan atas bakatnya.

Contohnya seperti Nas Suha yang mendedahkan bahawa usahanya selama bertahun-tahun kini berbuah hasil apabila dikatakan menerima bayaran dengan jumlah lumayan.

Perjalanan Nas Suha Bermula Dengan Bayaran Hanya RM150

Antara mural Nas Suha. (Foto: @nassuha_ / Threads)

Pelukis mural dan ilustrator Nas Suha (@nassuha_) berkongsi kisahnya ketika membalas satu hantaran di Threads.

Hantaran oleh pengguna (@bylittleroselle) bertanya soalan tentang usahawan yang bermula dari kosong sehingga berjaya mencapai sasaran mereka.

Pengguna tersebut menjemput ramai berkongsi pengalaman supaya boleh dijadikan sumber semangat orang lain.

Menurut Nas, mural pertama yang dihasilkannya pada mulanya dikenakan bayaran harga sebanyak RM250.

Namun, pelanggan itu mengadu bayaran tersebut terlalu mahal, lalu dikurangkan kepada RM150.

Nas berkata dia hanya mampu berdiam diri dan menerima jumlah tersebut dan meneruskan langkahnya ke hadapan.

Nasib Nas mula berubah selepas beberapa tahun kemudian.

Menurutnya, pada tahun 2022, syarikat telekomunikasi Maxis telah membayarnya sebanyak RM60,000 untuk menghasilkan sebuah mural besar di Kuala Terengganu.

View on Threads

Dibayar RM100,000 Untuk Mural Paling Panjang Di Zoo Negara

Nas turut mengambil kesempatan untuk berkongsi satu lagi pencapaian besar dalam kerjayanya.

Menurutnya, “Saya dibayar RM100,000 untuk menyiapkan sebuah mural yang paling panjang pernah saya lukis tahun ini, di Zoo Negara.”

Nas turut menegaskan bahawa keseluruhan karya itu dihasilkan sepenuhnya dengan tangan.

Mempunyai Latar Belakang Dalam Aircraft Maintenance Engineering

Mural yang siap dilukis. (Foto: @nassuha_ / Threads)

Menariknya tentang kisah ini ialah Nas bukan datang daripada latar belakang seni seperti yang disangka ramai.

Menerusi satu hantaran Threads pada 10 Mac 2026, dia berkongsi latar belakangnya sebagai aircraft maintenance engineering selama lima tahun.

Dia turut menerima Redbook penyelenggaraan pesawat.

Untuk info, ia merupakan rekod rasmi yang digunakan oleh juruteknik dan jurutera bagi merekod latihan amali, tugasan dan pengalaman kerja mereka.

Walaupun Dikritik, Nas Tidak Pernah Patah Semangat

Keputusan Nas untuk meninggalkan bidang kejuruteraan bukanlah sesuatu yang mudah.

Dia kerap menerima komen negatif kerana tidak meneruskan kerjayanya sebagai seorang jurutera.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana tetapi kerja saya sebagai pelukis kadangkala membawa pulang RM4,000, dan kadangkala RM2,000.”

Namun baginya, selagi dia melakukan sesuatu yang membahagiakan diri. Nas sanggup menerima apa jua cabaran dinanti.

Kepuasan dalam menghasilkan mural jauh lebih bermakna berbanding gelaran yang pernah ditinggalkannya.

Karya Nas Menghiasi Pelbagai Sudut Di Kuala Lumpur

Selain mural, Nas turut melakar karya di kereta. (Foto: @nassuha_ / Threads)

Secara tidak sedar anda mungkin pernah terserempak dengan hasil kerja Nas ketika berjalan-jalan di ibu kota.

Contohnya, mural pada bangunan yang menempatkan Zus Coffee di Kasturi Walk, Petaling Street merupakan antara karyanya yang mencuri perhatian ramai.

Tambahan pula, muralnya bukan sahaja besar. Malah, dipenuhi dengan pelbagai hiasan menarik.

Setiap lukisannya berjaya menunjukkan bakat semula jadi dan kemahiran yang diasah selama beberapa tahun.

Selain itu, Nas telah pun bekerjasama dengan pelbagai jenama besar yang menghubunginya untuk menghasilkan karya seni bagi tujuan mempromosikan perniagaan mereka.

Ini membuktikan bahawa seni mural dilihat sebagai sesuatu yang mempunyai nilai komersial tinggi.

Perjalanan dan usaha dilakukan oleh Nas menjadi bukti bahawa masih ada harapan bagi mereka yang ingin mencapai kejayaan sama dalam industri kreatif tanah air.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: [EKSKLUSIF] Ini Kisah Aina Mariah, Pencipta Kandungan VFX Yang Mempelajari Karyanya Daripada YouTube | TRP

Baca Artikel Berkaitan: [EKSKLUSIF] Tanpa Latar Belakang Kulinari, Usahawan Ini Berjaya Hasilkan Smash Burger Sedap Di Shah Alam | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd