Sam Edelman Buka Butik Baharu Di Suria KLCC, Tawar Koleksi Eksklusif
Selain koleksi eksklusif, butik Sam Edelman Suria KLCC turut menawarkan koleksi Fall Winter 2026 yang dikenali sebagai She’s a Lady.
- Sam Edelman opens its fourth standalone boutique in Malaysia at Suria KLCC, spanning 1,241 square feet with exclusive limited-edition designs.
- To celebrate the opening, shoppers enjoy up to 30% discount and a free pouch with purchases of three items or more, from 10 to 21 October 2026.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Jenama kasut dari Amerika Syarikat, Sam Edelman, kini membuka butik terbaharunya di Suria KLCC, sekali gus menjadikan lokasi itu butik kendiri keempat jenama berkenaan di Malaysia sejak mula memasuki pasaran tempatan pada September 2025.
Pembukaan butik ini menyusuli sambutan menggalakkan terhadap pop-up pertama Sam Edelman di pusat beli-belah berkenaan pada Disember 2025.
Kehadiran butik baharu ini juga membolehkan jenama itu mendekati lebih ramai pelanggan tempatan dan pelancong antarabangsa.

Ruang butik ini menampilkan gabungan warna neutral lembut, rona kayu hangat dan dinding bertekstur hijau sage.
Perabot dengan rekaan unik, pencahayaan menarik serta susun atur paparan terbuka turut memberikan suasana moden dan santai kepada pengunjung.
Selepas membuka butik pertama di The Gardens Mall, Sam Edelman mengembangkan perniagaannya ke Sunway Pyramid dan Gurney Plaza di Pulau Pinang.
Jenama itu turut mempunyai kaunter di SEIBU, The Exchange TRX.
Pengarah Urusan Sam Edelman Asia Tenggara, Gina Goh, berkata sambutan terhadap pop-up mereka di Suria KLCC memberikan keyakinan kepada jenama itu untuk membuka butik tetap di lokasi berkenaan.
“Malaysia merupakan pasaran penting untuk perkembangan Sam Edelman. Pembukaan ini mengukuhkan rangkaian kedai kami, selain menempatkan jenama ini di salah satu destinasi beli-belah paling berpengaruh di negara ini.
“Ia juga mencerminkan komitmen jangka panjang kami untuk membina hubungan bermakna dengan pelanggan dan mengembangkan perniagaan secara strategik di rantau ini,” katanya.
Koleksi Eksklusif Untuk Tempoh Terhad

Antaranya ialah Hazel, kasut tumit stiletto dengan lapik dalaman berkusyen untuk keselesaan serta potongan bahagian hadapan yang rendah.
Turut ditawarkan ialah Loraine dan Loraine Weave, dua versi loafer ikonik Sam Edelman yang dihiasi perincian logam berwarna emas. Loraine menggunakan material kulit licin, manakala Loraine Weave menampilkan tekstur anyaman.
Bagi peminat kasut bercorak haiwan, Michaela Mesh pula hadir sebagai kasut Mary Jane bercorak harimau bintang dengan kemasan kulit berwarna coklat.
Koleksi eksklusif ini ditawarkan dalam pilihan warna Cafe Noir, Cyprus Tan, French Burgundy, Light Sand dan Brandy, yang menggabungkan rona neutral klasik dengan warna lebih menyerlah.
Berikut antara rekaan yang boleh didapati di butik berkenaan:
- Hazel Heel – RM759
- Loraine Bit Loafer – RM759
- Loraine Weave Bit Loafer – RM819
- Michaela Mesh Mary Jane Flat – RM759
Koleksi Fall Winter 2026 Tampil Dengan Gaya Feminin Moden
Selain koleksi eksklusif, butik Sam Edelman Suria KLCC turut menawarkan koleksi Fall Winter 2026 yang dikenali sebagai She’s a Lady.
Koleksi ini mengetengahkan gaya feminin moden menerusi tiga pendekatan utama, iaitu Maximalist, Modern Boho dan Sharp Tailoring.
Antara rekaan yang ditampilkan ialah Emma Dazzle Ballet Flat, kasut hujung runcing berwarna Light Sand dengan hiasan kristal halus yang memberikan sentuhan berkilau.
Bagi mereka yang sukakan gaya lebih menonjol, Finch Feather hadir sebagai kasut mule berwarna bourbon dengan perincian bulu lembut yang bergerak mengikut langkah pemakainya.
Sementara itu, Presley Kitten Heel Sandal menampilkan rekaan terbuka di bahagian hadapan, tali yang kemas dan tumit sederhana untuk gabungan gaya serta keselesaan.
Melengkapkan koleksi ini ialah Sutton Mary Jane, kasut baldu berwarna Avocado dengan tali melengkung dan rekaan rendah yang memberikan sentuhan klasik vintaj.
Koleksi ini turut menampilkan pilihan warna Light Sand, Black, Jute dan Avocado Velvet yang sesuai untuk mereka yang menggemari gaya elegan mahupun penampilan lebih moden.
Antara rekaan yang ditawarkan ialah:
- Emma Dazzle Ballet Flat – RM819
- Finch Feather Slingback Pump – RM819
- Presley Kitten Heel Sandal – RM669
- Sutton Mary Jane – RM729
Pilihan Kasut Untuk Gaya Harian Hingga Ke Acara Istimewa

Bagi gaya harian, Alie Ballet Flat hadir dengan perincian reben kecil dan rekaan hujung bulat yang mudah dipadankan dengan pakaian kasual mahupun gaya lebih kemas.
Michaela Flat pula menampilkan hujung runcing serta penutup berbutang untuk penampilan yang lebih elegan.
Untuk ke pejabat atau acara pada waktu malam, Hazel Pointed Toe Pump menjadi antara pilihan terlaris jenama itu dengan rekaan hujung runcing dan tumit stiletto yang kemas.
Turut ditawarkan ialah Bianka Sling, kasut bertali belakang dengan garisan rekaan ringkas, hujung runcing dan tumit rendah yang sesuai untuk pelbagai acara.
Bagi penampilan santai pula, Bay Slide Sandal menawarkan rekaan sarung yang mudah dipakai, sesuai digayakan bersama seluar denim atau gaun santai ketika hujung minggu.
Kesemua rekaan ini mencerminkan identiti Sam Edelman yang menggabungkan gaya versatil, keselesaan dan tarikan klasik.
Diskaun Sehingga 30% Sempena Pembukaan Butik

Antara tawaran yang disediakan ialah diskaun sehingga 30% untuk pembelian di butik, selain pouch Sam Edelman percuma dengan pembelian tiga barangan atau lebih.
Pembukaan butik terbaharu ini menandakan satu lagi langkah perkembangan Sam Edelman di Malaysia, sekali gus membawa gabungan gaya klasik dan sentuhan moden kepada peminat kasut di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Butik Sam Edelman Suria KLCC kini dibuka di Lot 133B, Aras 1, Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.