Now Reading
Just Chill! Luckin Coffee Lancar Kolaborasi Bersama Garfield Dengan 4 Minuman Edisi Terhad

Just Chill! Luckin Coffee Lancar Kolaborasi Bersama Garfield Dengan 4 Minuman Edisi Terhad

Garfield merupakan salah satu siri kartun popular menampilkan kucing berwarna oren yang suka makan Lasagna.

In Brief
  • Luckin Coffee Malaysia collaborates with Garfield for a two-phase "Just Chill" campaign running throughout October and November 2026.
  • The campaign features four limited-edition drinks and exclusive Garfield merchandise, with exciting prizes including a luxury two-night hotel stay.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ramai di antara kita sering terlupa untuk memberi ruang kepada diri sendiri dan berehat seketika dalam mengharungi rutin kesibukan hidup harian.

Disebabkan itu, Luckin Coffee mengajak rakyat Malaysia untuk perlahankan langkah menerusi kolaborasi istimewa bersama watak kartun popular, Garfield bermula Oktober ini.

Kempen santai Just Chill, menggabungkan minuman edisi terhad dan pencuci mulut menarik bersama sikap selamba Garfield sinonim dengan peminatnya.

Ada 2 Fasa Dalam Kolaborasi Ini

Untuk info, kempen ini berlangsung sepanjang bulan Oktober dan November menerusi dua fasa berbeza.

Fasa pertama, Just Chillin with Luckin! bermula pada 15 Oktober 2026.

Ia menggalakkan peminat kopi untuk berhenti seketika dan menikmati waktu santai, walaupun ketika sedang sibuk.

Fasa kedua pula bermula pada 13 November bertemakan Cattitude ON mengajak pengguna memahami sikap Garfield yang dikenali dengan gaya sinis dan nakalnya.

Tujuan kolaborasi ini menjadi peringatan kepada kita semua untuk santai dan menyerlahkan sisi diri lebih ceria dan penuh karisma.

Dua Minuman Bertema Eropah Boleh Dicuba

Minuman dan merchandise edisi terhad. (Foto: Luckin Coffee)

Sempena fasa pertama, Luckin Coffee memperkenalkan minuman edisi terhad yang diilhamkan daripada hidangan klasik dari Eropah.

Kedua-duanya direka untuk dinikmati ketika waktu rehat atau tengah relax iaitu:

  • Crème Brûlée Latte (Bermula 15 Oktober): Minuman yang mempunyai tekstur lembut seperti puding menggabungkan aroma vanila berkrim dengan espresso. Dihiasi krim dan titisan karamel pekat.
  • Tiramisu Latte (Bermula 30 Oktober): Digambarkan sebagai tiramisu dalam cawan menampilkan rasa koko yang kaya dengan susu dan taburan serbuk koko.

Dalam fasa kedua pula, Luckin Coffee bakal memperkenalkan dua lagi minuman baharu.

Fasa ini mengajak peminat meraikan konsep self-care tanpa perlu rasa bersalah bagi menyuntuk semangat dalam rutin harian.

Dua minuman baharu itu ialah:

  • Toffee Hazelnut Latte (Bermula 13 November): Minuman kegemaran yang bakal kembali semula dengan gabungan toffee karamel dan hazelnut. Dipadankan dengan susu dan espresso Gold Medal
  • Black Sesame Hojicha Latte (Bermula 27 November): Minuman baharu yang menggabungkan black sesame bersama teh hojicha bersama susu dan dihiasi dengan sedikit garam laut.

Pelbagai Barang Edisi Terhad Bertema Garfield Untuk Peminat

Siri kartun popular, Garfield. (Foto: IMDB)

Peminat siri kartun Garfield boleh menikmati pelbagai barang edisi terhad seperti:

  • Selimut bantal 2-dalam-1
  • Pouch plush
  • Papan memo untuk skrin komputer
  • Koleksi magnet bertemakan Garfield

Selain itu, cawan panas dan sejuk direka khas turut dilengkapi dengan sarungnya menampilkan pelbagai reka bentuk boleh dikumpul sepanjang tempoh kempen ini.

Bagi mereka yang memesan melalui penghantaran, sebuah beg pelindung bertema Garfield turut ditawarkan dengan pembelian dua cawan tersebut, selagi stok masih ada.

Menariknya, peminat turut berpeluang untuk menang pelbagai hadiah sepanjang kempen ini.

Dari 15 hingga 22 Oktober, pelanggan yang membeli mana-mana minuman terpilih menerusi aplikasi Luckin Coffee akan layak menyertai cabutan secara automatik.

Hadiah utamanya ialah percutian mewah dengan penginapan hotel selama 2 malam.

Tambahan pula, hadiah lain menanti seperti baucar mengurut, tiket wayang dan kopi percuma untuk seminggu.

Kolaborasi Luckin Coffee x Garfield boleh dinikmati dalam tempoh terhad di semua cawangan Luckin Coffee di Malaysia.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd